|
Suasana Tenang Dan Damai Ditepi Pantai |
Salam Sejahtera,dan jumpa lagi.Kali ini nak cerita tentang pelanggan ketika saya berkesempatan turuserta bersama mereka melancong kesebuah destinasi.Kumpulan ini dah jadi regular.Saban tahun akan bersama saya pergi melancong.Yang seronoknya,mereka ini amat menghiburkan dan tidak segan silu memaparkan karenah masing masing semasa melancong.Ada diantara mereka sangat melucukan dan tidak kurang juga berbakat ketika mengikuti beberapa aktiviti semasa melancong.
|
Pelanggan Mendengar Taklimat Tentang Destinasi Yang Bakal Dituju |
|
Perjalanan Bermula. |
Semuanya bermula di pejabat dan pelanggan ini memang bijak memilih destinasi yang hendak dituju.Kali pertama,pelanggan ini datang bersama bosnya dan minta penerangan serta mahu menonton klip video pusat perangin yang dimaksudkan.Selepas dua hari,mereka datang sekalilagi dan kali ini,saya tersenyum lebar kerana buku cek kelihatan dibawa bersama.Hampir satu jam bosnya menerangkan acara acara yang diingini semasa becuti nanti dan terus membuat pembayaran penuh.Biasanya pelanggan akan membuat pembayaran deposit dahulu.Saya ditegur seorang staf kerana,katanya,senyuman saya dah sampai ke telinga.Hehehehe...
Tibalah masanya sebulan selepas itu dan semua rombongan melancong mulai menunggu pengangkutan yang sedia menunggu dilokasi yang ditetapkan oleh pelanggan sendiri.Pelanggan sengaja memilih alam rimba sebagai destinasi mereka ketika itu.Setelah selamat sampai ke pusat peranginan,kami diberi taklimat oleh pegawai bertugas sebelum masuk ke resot.Memang amat hijau dan rimba sekali,serta dibuai desiran air terjun berhampiran.Bunyi unggas unggas rimba jelas kedengaran dan tiupan udaranya yang mendinginkan.
|
Mendengar Taklimat Dari Pihak Resot |
Selesai kebilik masing masing serta menukar pakaian,kami pun bergegas ke ruang makan untuk menikmati hidangan tengahari.Boleh dikatakan,semuanya berselera ketika makan.Gelak ketawa silih berganti dan apabila selesai,bermulalah aktiviti aktiviti yang telah disusun rapi oleh pihak resot.Saksikan foto foto yang disediakan ya.Oh ya,kali ini tiada klip videonya ya,takut pelanggan tak izinkan.Sebab,banyak aksi aksi lucu dan karenah serta perangai masing masing yang sempat saya rakamkan.
|
Dalam Perjalanan Meninjau Kehijauan Hut |
Salam.Suka saya melihat laman awak.Cerita dan terutama foto2nya menarik sekali.Saya amat meminati kerjaya awak.Kalau saya masih bujang,dah tentu saya pilih kerja macam ni.Saya pasti akan melawat laman ini lagi.Terima kasih berkongsi pengalaman awak.
BalasPadamDid you organise all these Norazam? You must have a ball of a time..:)
BalasPadambestnye... kat mn ni?
BalasPadamWoooiiyo.Besnya.Mesti mahal ni hang cas.Kalau pi Danok,berapa ha ?Tengok gambaq2 semua aku dah tak tahan nak pi makan angin.Hang ni pandai sungguh cari duit.hang pulun abih no...
BalasPadamsyoknya tgk event ni....
BalasPadamNorazam, really enjoy the pictures. The landscaping ones are beautiful. I also wonder if you organize these or was it something you joined in and took pictures of. Either way looks like everyone enjoyed themselves.
BalasPadamThanks for sharing
Salam..Cam kenal je event ni?Bes tu..
BalasPadam