Pages

Ahad, 22 Julai 2012

Jom Ke Bazar Ramadan 2012.Saksikan Klip Videonya.

Kuih Tradisi Tepung Pelita
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua.Dah agak lama tak menghasilkan nukilan cerita baru kan? Huh...nukilan tu.Hehe.Dibulan Ramadan yang penuh keberkatan ini lah,terdapat waktu yang terluang untuk menghasilkan cerita seperti tajuk diatas.

Sudah menjadi adat dibulan Ramadan kita ke bazar ramadan beberapa jam sebelum berbuka untuk mendapatkan juadah makanan kegemaran.Tepuk dada,tanya selera,ribuan makanan terhidang didepan mata bersamaan ratusan gerai gerai disetiap bazar bazar ini di seluruh negara.Berjalan dengan keadaan yang lapar dan dahaga membuatkan kita mahu membeli kesemuanya.Bukan saja terdapat juadah yang sering dimakan malahan juga terdapat juadah tradisi serta kuih muih dari puluhan tahun dahulu.





Budaya berbazar Ramadan ini juga telah menjadi satu daya tarikkan pelancong dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur ini.Contohnya di Masjid India dan Masjid Jamek.Saya akan cuba menyediakan klip videonya dalam masa terdekat ini.Apapun,mari kita menonton klip video suasana bazar Ramadan disekitar Wangsa Maju terlebih dahulu.Ok lah ya,sampai disini dahulu.Selamat berpuasa sekali lagi serta Selamat ke bazar Ramadan.Terima kasih sudi kelaman ini.

2 ulasan:

  1. Terima kasih post Info pasar ramadhan ni..
    meriah betul orang membeli juadah berbuka,
    tapi kebanyakan-nya beli terlebih..termasuk saya juga tp kadang jer.. :D

    BalasPadam
  2. Biasalah kita semua kadang2 terikut nafsu perut.AbeMogi.

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.