Pages

Isnin, 9 Januari 2012

Taiping BES.Saksikan Klip Videonya.


Pemandangan Di Lake Garden Taiping
Salam sejahtera dan ALHAMDULILLAH kita bertemu lagi di tahun yang masih baru ini.Semoga dipermudahkan REZEKI dan segala urusan yang bakal kita lalui tahun ini saya ucapkan kepada semua kawan kawan serta pengikut laman yang tak seberapa ini.Ok,kita teruskan cerita seperti judul diatas.Bandar Taiping sememangnya bes kepada sesiapa saja yang mencari ketenangan serta keindahan alam semulajadi yang memukau.Saya berkesempatan ke Taiping baru baru ini dan terus mengambil peluang bersiar-siar bersama saudara yang sudah bersedia menunggu ketibaan saya.Huuh...apalagi,ronda ronda lah kami di pekan Taiping sambil menghirup udara segar.

Bandar yang begitu tenang serta mempunyai kesan sejarahnya tersendiri akan memukau sesiapa saja tidak kira siang atau malam.Bandar yang dahulunya terkenal dengan sejarah bijih timah dan lake garden ini pernah juga dicap sebagai sleepy town.Mana ada sleepy town lagi.....macam macam ada di Taiping ni sekarang.Pertumbuhan penduduk yang ketara,gedung gedung perniagaan yang berjenama,bangunan bangunan baru,tempat tempat melepak seperti kedai kedai mamak,hotel hotel baru,serta jalan jalanraya yang baru dan yang sedang dibina.Sepertibiasa,saksikan klip videonya ya.Saya amat tertarik dengan suasana di taman bunganya dan bangunan bangunan lama yang tersusun indah di bandar ini.Begitu juga taman taman perumahan yang tumbuh bagaikan cendawan menandakan kenaikkan taraf ekonomi penduduk di bandarnya.Oh ya,saya juga menyediakan foto foto menarik semasa disana dan jangan lupa tengok foto fotonya juga ya.Ada di bawah ni.




haaaa....macamana,bes tak foto foto dan klip videonya ? jangan lupa beri sedikit komenya ya.Ok lah ya,sampai disini dulu dan INSYALLAH saya akan kembali dengan cerita yang lebih menarik lagi dan kalau nak baca dan tengok cerita kisah 5 jenis hantu dilaman saya yang satu lagi,silalah klik di laman yang tertera ni.  www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com  Terima kasih semua.

1 ulasan:

  1. Saya pernah ke Taiping beberapa kali. For me, Taiping memang syok. Sebab tu ada pendapat mengatakan Taiping adalah bandar untuk pesara. Cool dan tenteram. Apa yg lebih best, adalah makan Mee Udang di Kuala Sepetang, Taiping. Best..

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.