Pages

Khamis, 31 Mei 2012

Sepetang Di Pusat Membelibelah KL Festival City.Saksikan Klip Videonya.t

Gedung Membelibelah KL Festival City
Salam sejahtera dan jumpa lagi kepada semua pembaca laman kesayangan anda ini.Itupun kalau ada la,hehe.Rindu dengan cerita baru ya ? Ok la,seperti tajuk diatas,mari kita lihat kisah sebuah pusat membelibelah yang sangat besar dan panjang ni.

Dah lama juga tak melepak kat shopping kompleks maka terasa lah nak ke pusat membelibelah yang agak baru ni yang terletak di Danau Kota,Setapak.Maaak...ooooiiiii...besar dan panjang bangunannya.Setinggi 3 tingkat serta sangat luas,ianya bukan saja dilengkapi restoran restoran makanan berbagai jenama,ianya dilengkapi dengan supermarket Econsave dan juga Parkson.Disamping itu,terdapat berpuluh puluh kedai kedai fashion serta sebuah panggung wayang MBO di tingkat atas.

Saya amat tertarik dibahagian luar sebelah bawah dan juga atas,dimana terdapat ruang ruang makan yang cukup selesa sambil menikmati pemandangan disekitar Danau Kota.Ruang ruang makan yang selesa ini mengikut citarasa jenama restoran yang kita boleh memilih.Kita juga boleh memilih kios kios makanan segera yang terletak didalam bangunan ini juga.Jalan punya jalan,saya terjumpa kios Satay Cheese yang terletak dihadapan panggung wayang di tingkat atas dan terus mengorder satay keju.Pelik juga cara satay ni dihidangkan,siap letak dalam macam bekas minuman.Haaaaa...sila lihat klip videonya ya.Apalagi,tercolek colek lah saya kuah satay berkeju tu yang diletakkan didalam bekas minuman.Agak janggal dibuatnya.Tapi,nak kontrol macho punya pasal,saya buat macam dah biasa saja,hehehe.

Ok lah ya,nak cerita panjang,takut nanti pembaca jatuh hati pulak dengan penulis laman ini.Selamat menonton video dan membaca.Hingga dilain cerita,jaga diri dan stay healthy always.Oh ya,siapa siapa yang sudi memberi komen,saya belanja Satay Cheese ok.Terima Kasih,WASSALAM.


Sabtu, 5 Mei 2012

Kisah Butang Seluar.

Butang Seluar Jeans Yang Dimaksudkan
Salam Sejahtera.....Jumpa lagi keawan kawan semua.Rindu nak baca kisah kisah menarik saya ya ? Hahahaha..saya tahu laman blog saya ni boring,tapi,tak kisahlah.Saya bukan penulis berita berita sensasi tu.Sekadar suka suka je berblogging.

Kisah seperti tajuk diatas berlaku pada diri saya semalam ketika bersiarsiar di ibukota.Kalau diamati,beberapa perkara yang tidak diingini berlaku pada saya sejak kebelakangan ini.Entahlah.....Begini ceritanya.

Setelah puas berjalan jalan dan bershoot video di tengah tengah bandaraya,terasa nak terkencing la pulaaaaak.Jadi,saya pun masuklah ke sebuah gedung membelibelah dan terus ke tandasnya.Dengan langkah yang laju sambil menahan kepedihannya selepas membayar 30 sen,saya pun masuk ke tandas.Selepas membuka tali pinggang,seperti biasa saya mahu membuka zipnya.tetapi,seluar jeans yang boleh dikatakan baru dibeli adalah jenis berbutang.Maka,dibukalah satu persatu.Sebenarnya saya tidak begitu gemar seluar yang berbutang kalau nak dibandingkan dengan yang berzip.Disebabkan dapat offer yang agak murah,saya pun sambar 2 helai tempoh hari.

Selesai membuang air,maka terasa amat legaaaaaaa,hehe.Tiba tiba,saya terpandang ke mangkuk tandas dan TERINGAT lah kisah yang berlaku baru baru ini dimana seorang telah cedera apabila mangkuk tandas yang digunakan tiba tiba MELETUP,hehe.Perasaan TAKUT meluap luap dihati dan saya pun dengan pantas mengancing butang seluar saya.Leceh betullah pakai seluar jenis berbutang ni.Satu persatu butang dikancing dengan cepat sambil mata memandang ke mangkuk tandas.Takut MELETUP.Selesai mengancing butang,saya melangkah keluar dari bilik tandas dan menuju keluar gedung itu.

saya meneruskan aktiviti berjalan jalan bersama orangramai.Setelah lebih kurang 20 minit berjalan jalan,ada beberapa orang lelaki yang memandang tepat kearah saya sambil tersenyum.Saya pun senyumlah kembali.pada pandangan saya,anak anak muda di Kuala Lumpur ini masih ramai yang baik baik serta menghormati orang orang yang lebih dewasa.Tapi,kenapa pulak agak ramai yang mengukir senyum kat saya petang ni? Hinggalah,datang 2 orang wanita muda cina menegur saya dalam bahasa inggeris mengatakan seluar saya terbuka dibahagian bawah sambil menggunakan jarinya menunjuk kebawah seluar saya.MASYALLAH....alangkah MALUNYA .....Hanya satu saja butang yang dikancing,itupun yang paling bawah saja.Selebihnya tidak dikancing dengan betul.Bukan saja kelihatan  tidak dikancing,sebahagian baju dan tshirt disebelah dalam seluar,TERJOJOL keluar.Nasi baik tak nampak seluar superman,hehehe.

Entah berapa ramai yang telah melihatnya semasa berjalan,sayapun taktahu lah.Bayangkan,saya menyorok dibelakang tiang besar dan mengancing butang dikhalayak ramai.Satu persatu butang dikancing dengan perlahan.Ramai juga yang melihatnya.Merah padam serta malu dibuatnya seluar yang baru dibeli ni.Sayapun melangkah pergi dengan selamba dan COOL seolah olah tiada apa yang berlaku.Rasa rasa tak pergi dah kot kat tempat tu.Ok lah kawan kawan,sampai disini saja.Biar lelaki atau wanita yang memakai jeans berbutang,KANCING BUTANG dengan teliti ya.

Sabtu, 21 April 2012

Jom Kena Nasi Daun Pisang.Saksikan Klip Videonya.

Nasi Daun Pisang
Salam sejahtera kepada semua yang amat meminati laman ini,itupun kalau ada,hehehehe....Terima kasih diucapkan terlebih dahulu ya.Seperti tajuk diatas,mari kita saksikan sedikit klip video yang disediakan bersama kisah kalini.

Di negara kita terdapat ribuan makanan makanan yang menjadi citarasa masing masing.Begitu juga cara kita memakannya.Salah satu cara ialah,makan beralaskan daun pisang dimana sudah tidak asing lagi bagi semua golongan masyarakat.Masyarakat Melayu dan India lah menjadi batu pengasas menggunakan daun pisang sebagai alas atau membungkus sajian sajian tertentu.

Ironinya,ada yang boleh menghabiskan berpinggan pinggan nasi sekiranya makan dalam daun pisang.itu yang pelik tu.Nasib baik daun pisang tu tidak boleh dimakan.kalau tak,sudah pasti teramat kenyang.Apapun kita saksikan klip videonya ok.Sampai disini dulu dan jumpa lagi.Tenkiew.

Selasa, 10 April 2012

Keretapi ETS Ipoh Mali Punyer,Talak Munyi Wooo.Bhg 2


Stesen Keretapi Ipoh
Salam sejahtera...Jumpa lagi dan berbanyak TERIMA KASIH kepada semua yang sudi kesini.Seperti tajuk diatas,jom kita sambung dengan bahagia ke 2 kisah tren ETS ini ketika saya hendak pulang semuala ke Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa saja yang masih tidak berkesempatan melihat bangunan bersejarah stesen keretapi Ipoh ini,bolehlah menonton klip video yang disediakan.Juga,diselitkan beberapa foto foto menarik agar kita dapat lebih menghayati senibina lama ini yang menjadi kebanggaan negara kita.Buat masa ini,beberapa proses baikpulih sedang dijalankan dan saya juga diberitahu yang hotel penginapannya juga telah ditutup.

Namun begitu,bangunan sejarah ini masih tetap memukau kepada mereka yang menghayati keistimewaan senibina lama.Ok lah,kita saksikan klip video yang disediakan.Sampai disini dulu dan saya akan kembali dengan bahagian ke tiga nya tak lama lagi.Terima kasih.