Pages

Ahad, 16 Januari 2011

Cabut Lintang Pukang Disebuah Kawasan R&R.

Salam Sejahtera dan jumpa lagi diruangan yang tak seberapa ini..Semoga semuanya sihat dan meneruskan AZAM baru masing masing dipermulaan tahun 2011 ini.Kali ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang aneh lagi suspen ketika singgah disebuah kawasan rehat dan rawat ketika dalam perjalanan kesebuah pusat peranginan.Sekiranya ada yang bertanya,`dimana`,terlebih dahulu saya meminta MAAF,kerana tidak dapat memberitahu dimana tempatnya.Takut juga,disaman ke,atau ada pihak pihak yang tidak menyukai dengan apa yang saya nak ceritakan.Cerita ini adalah sebenar benarnya dan tiada lain melainkan kebenaran.Begini ceritanya....

R&R SUNGAI BULOH
Hentian Rehat Dan Rawat
Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu.Setelah hampir tiga jam perjalanan tanpa henti dari Kuala Lumpur,terasa letih dan kekejangan di otot otot.Semasa dalam perjalanan,kami banyak bersembang hal hal pelancongan.Sesekali kami akan ketawa dengan riuhnya didalam kenderaan yang meluncur pada tahap pemanduan yang sederhana.Pemandunya amat berhati hati kerana perjalanan kami bermula dari lepas isyak tadi.Lebuhrayanya agak lengang dan agak gelap.Hanya sesekali sahaja kelihatan kenderaan yang melepasi kami ketika itu.Kami pun membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat  terdekat dan ada antara kami yang kelaparan.Jam menunjukkan pukul 11.25 minit malam ketika kami menyusul masuk ke hentian rehat dan saya dapati hanya beberapa buah kenderaan saja yang ada disitu.Banyak lampu lampu dimatikan kecuali diruang makan dan agak gelap juga laluan ke tandas.Ada antara kami yang terus saja ke tandas sebaik turun dari kenderaan.Selesai makan,saya dan seorang lagi rakan terus menuju ke tandas yang terletak agak jauh dari tempat kami makan tadi.

PLUS@Seremban(Senawang),南北大道@芙蓉(森那旺)
Lebuhraya Utara Selatan
Seperti yang saya jangkakan,memang tiada seorang pun didalam tandas itu.Tiba tiba telefon saya berbunyi dan rakan saya pun masuk ke tandas terlebih dahulu.Ketika bercakap di telefon,hanya saya seorang sahaja yang berdiri diluar tandas dan sesekali terasa seperti ada hembusan angin di telinga saya.Namun tidak saya hiraukan samasekali.Selepas rakan keluar dari tandas,saya pun selesai bersembang di telefon dan dengan pantas melangkah masuk ke tandas.Nak tahu apa jadi seterunya ? Sayapun terus masuk ke bilik tandasnya yang agak gelap kerana hanya satu saja lampu yang dinyalakan.Dinding bilik tandas itu tidaklah sepenuhnya.Bererti,kita masih boleh mendengar atau mendongak kesebelah bilik yang lain.Dindingnya juga tidak rapat ke lantai.Selesai saja membuang air kecil,dengan tiba tiba pengepam air berbunyi seolah olah ada sesuatu yang menarik pemegang pam air itu.Pemegang pam air itu bergerak ke kiri dan ke kanan lalu air mencurah keluar.Apa yang membuatkan saya lintang pukang lari setelah membuka pintu ialah,SAYA NAMPAK ADA KEPALA SESEORANG SERTA BERTANDUK MERAH DISEBELAH KIRI BILIK TANDAS.Saya meluru keluar mencari rakan saya tadi yang sedang merokok diluar.Dia yang terkejut melihat keadaan saya terus menenangkan saya sambil mulutnya membacakan sesuatu ayat atau surah.Saya hampir tidak boleh berdiri lagi dan terus duduk diatas pasu bunga hiasan yang terletak diluar tandas.Dua lagi rakan pun muncul setelah menerima panggilan telefon.Kami pun beredar dari tandas itu dan menuju ke kenderaan
Fail:Virginia Rest Area.jpg
Hentian Rehat Dan Rawat

Setelah beberapa minit,barulah terasa tenang dan semangat saya pun pulih.Menurut rakan saya yang sama sama ke tandas,tiada siapa pun yang masuk ke tandas selepas saya.Cuma,rakan memberitahu,ada baubauan yang sangat harum di tandas ketika dia sedang merokok diluar.Ok lah ya,sampai disini dulu cerita saya kali ini.TERIMA KASIH kerana sudi membaca laman ini dan,BERHAT HATILAH ketika menggunakan kemudahan awam di waktu malam atau berada di tempat tempat yang kita tidak biasa.

plus highway
Hentian Rehat Dan Rawat

4 ulasan:

  1. Alamak,En Boss...Nyesal saya baca malam2 ni.Tapi,memang bes juga cerita ni.

    BalasPadam
  2. Pelabuhan Klang Shikin16 Januari 2011 pada 8:45 PG

    Takpe,kitaorang baca ni.Tak takut pun.Duty malam ni,ramai geng la.Cerita ok la.Cuma kalini gambar kurang menarik.Hahaha.

    BalasPadam
  3. Ye ke Cik Azam? Waah..Cik Azam la jadi heronya ya ? Tapi masa hantu tu cik Azam nampak,lari lintang pukang sempat zip seluar tak?Hahahaha.

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.