Syurga kelapa,begitulah istilah yang diberikan kepada Bagan Datoh,Perak.Mana tidaknya,daerah ini menghasilkan pengeluaran buah kelapa yang disifatkan terbesar di Malaysia.Daerah ini juga menghasilkan produk produk berasaskan kelapa bermutu tinggi.Terdapat juga puluhan industri perusahan kecil dan sederhana disekitarnya seperti membuat sos cili,minyak kelapa dara dan bermacam macam lagi.
Setibanya rombongan kami di homestay tersebut,kami disambut begitu mesra sekali serta diikuti paluan kompang bergema kuat.Alangkah indahnya perkampungan ini,bisik seorang kawan ke telinga saya.Persekitaran yang hijau serta hembusan angin ke muka kami sangatlah mendamaikan hati kami yang kebetulannya agak panas dari sinaran matahari
Kami pun diarah ke dewan dan sedikit taklimat diberikan oleh pengurusi homestay Kpg Hj Mohammad.Bagan Datoh sebenarnya sudah 100 tahun diterokai.Homestay Bagan Datoh pula ditubuhkan atas usaha Yb Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi dan dirasmikan sepenuhya oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM) pada 26 Jan 2006.
Tidak kering gusi dibuatnya semasa di dewan ketika setiap peserta rombongan dikenalkan kepada ibu dan bapa angkat masing masing.Selepas jamuan ringan kami pun mengikut ibubapa angkat masing masing kerumah.Saya amat gembira kerana dijamu sekali lagi dan juga dikenalkan dengan anggota keluarganya.Fuuuh... memang cantik dan memukau mata memandang pepohon kelapa serta kebersihan sekelilingnya.
Saudara..saudari..,kalau nak cite,sampai besok pun tak abis.Jadi saya cite pendeknya je,ok.
Dalam aturcara di kampung yang indah dan anat mesra orang orangnya itu,kami di persembahkan 2 jenis tarian yang begitu terkenal di Bagan Datoh.Pertama diberinama,Tarian Dabus.Sejenis tarian yang menguji kehebatan fizikal dengan mencucukan beberapa batang besi tajam ketubuh penarinya.Bagi saya,saya dah biasa tengok kat Batu Caves.
Tapi,apa yang saya nak ceritakan disini,ialah sejenis tarian yang agak suspen dan tak dapat saya explain dengan kata2 sehingga kehari ini.Tariannya diberi nama Tarian Bubu Menari.Memang suspen..Cuba saudara saudari lihat fotonya.Sebuah bubu ikan yg dibalut dengan baju merah serta dibacakan menteranya boleh menari sendiri.Bubu itu kelihatan seperti lembaga seorang wanita berbaju menari naik keatas dan kebawah dengan kuatnya,sambil mengarakkanya mengikut bulatan.Persoalannya,dimana datangnya kekuatan bubu itu melonjak keatas dan kebawah??Sedangkan saya sendiri hanya memegangnya sahaja bersama sama hadirin yang dijemput merasakan kekuatannya melonjak.
Kita saksikan klip videonya ya.Terima kasih kerana sudi ke laman ini dan saya akan kembali lagi dengan kisah kisah kenalinegaraku yang lebih menarik lagi.
itu upacara ape ek ?
BalasPadamSaya yang berasal dari Bagan Datoh pun belum tengok tarian ni secara live...
BalasPadamhttp://relakssminda.blogspot.com/2013/01/eksplorasi-sambutan-tahun-baru-2013-di.html
Hahaha.Takpe,nanti chba tengok.Memang bes,berunsur mistik dan suspen juga.Terima kasih komennya.
Padamassalamualaikum.boleh bg sy alamat tempat tu x?sy sedang buat kajian tentang tarian ni untuk assignmnt sy untk sem ni..
BalasPadamWaalaikumusalam..Alamat tepat,saya tidak ada.Tapi INSYALLAH,saya akan dapatkan nombor telefonnya.Kalau ke Bagan Datoh,sebut saja Homestay Kpg Sungai Hj Mohammad,orang dah tahu.Terima kasih komennya.
Padam