Pages

Khamis, 24 Jun 2010

Ku Menari Bubu Di Bagan Datoh Homestay...

Laluan Masuk Ke Homestay Kpg Hj Mohammad
Syurga kelapa,begitulah istilah yang diberikan kepada Bagan Datoh,Perak.Mana tidaknya,daerah ini menghasilkan pengeluaran buah kelapa yang disifatkan terbesar di Malaysia.Daerah ini juga menghasilkan produk produk berasaskan kelapa bermutu tinggi.Terdapat juga puluhan industri perusahan kecil dan sederhana disekitarnya seperti membuat sos cili,minyak kelapa dara dan bermacam macam lagi.

Perusahan Kerisik Kelapa Di Bagan Datoh
Sambutan Yang Diterima Semasa Ketibaan.
Setibanya rombongan kami di homestay tersebut,kami disambut begitu mesra sekali serta diikuti paluan kompang bergema kuat.Alangkah indahnya perkampungan ini,bisik seorang kawan ke telinga saya.Persekitaran yang hijau serta hembusan angin ke muka kami sangatlah mendamaikan hati kami yang kebetulannya agak panas dari sinaran matahari

Kami pun diarah ke dewan dan sedikit taklimat diberikan oleh pengurusi homestay Kpg Hj Mohammad.Bagan Datoh sebenarnya sudah 100 tahun diterokai.Homestay Bagan Datoh pula ditubuhkan atas usaha Yb Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi dan dirasmikan sepenuhya oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM) pada 26 Jan 2006.

Tidak kering gusi dibuatnya semasa di dewan ketika setiap peserta rombongan dikenalkan kepada ibu dan bapa angkat masing masing.Selepas jamuan ringan kami pun mengikut ibubapa angkat masing masing kerumah.Saya amat gembira kerana dijamu sekali lagi dan juga dikenalkan dengan anggota keluarganya.Fuuuh... memang cantik dan memukau mata memandang pepohon kelapa serta kebersihan sekelilingnya.

Tarian Bubu Berlangsung
Saudara..saudari..,kalau nak cite,sampai besok pun tak abis.Jadi saya cite pendeknya je,ok.

Dalam aturcara di kampung yang indah dan anat mesra orang orangnya itu,kami di persembahkan 2 jenis tarian yang begitu terkenal di Bagan Datoh.Pertama diberinama,Tarian Dabus.Sejenis tarian yang menguji kehebatan fizikal dengan mencucukan beberapa batang besi tajam ketubuh penarinya.Bagi saya,saya dah biasa tengok kat Batu Caves.

Tapi,apa yang saya nak ceritakan disini,ialah sejenis tarian yang agak suspen dan tak dapat saya explain dengan kata2 sehingga kehari ini.Tariannya diberi nama Tarian Bubu Menari.Memang suspen..Cuba saudara saudari lihat fotonya.Sebuah bubu ikan yg dibalut dengan baju merah serta dibacakan menteranya boleh menari sendiri.Bubu itu kelihatan seperti lembaga seorang wanita berbaju  menari naik keatas dan kebawah dengan kuatnya,sambil mengarakkanya mengikut bulatan.Persoalannya,dimana datangnya kekuatan bubu itu melonjak keatas dan kebawah??Sedangkan saya sendiri hanya memegangnya sahaja bersama sama hadirin yang dijemput merasakan kekuatannya melonjak.Apakata,kita saksikan klip videonya.


Untuk menenteramkan keadaan bubu itu,seorang yang boleh dikatakan ketua tarian,mengurangkan asap asap kemenyan dengan membaca beberapa mentera dan tiba2 pemusik yang megiringi bubu menari itu pun memperlahankan dendangannya.Barulah bubu itu seolah olah hilang kekuatannya dan menjadi lemah ketika itu.Tepukkan gemuruh diberikan oleh para penonton serta orang orang kampung yang hadir bersana kami sejak lepas isyak tadi.

6 ulasan:

  1. salam...dah banyak kali nak komen..tapi x gak berjaya...sampai dah tak tau nak tulis ape coz dah banyak yang di edit...huhuhu...untuk kali ni i just nak bg pandangan je...tentang tarian dabus yang u kata kat blog..bagi i kalau u letak juga gambar2 tarian dabus tersebut maybe lebih menarik...sebabnya walau dah biasa kita tgk tarian seperti dabus di Batu Cave but mesti ade sedikit kelaian....cth nya di batu cave di tarikan oleh kaum India...and i pasti dabus di tarikan oleh masyarakat melayu...bukan kah itu satu kelainan yang harus di ketengahkan untuk generasi muda malaysia....i sendiri pun x pernah tgk tarian Dabus tu...kalau ade picture nya mesti menarik...and for Tarian Bubu , good info...new knowledge 4 me....x pernah tau wujudnya tarian tu di Malaysia....kalau ade videonya mesti akan lebih menarik...thats all komen from me....good job... keep it up....MAWAR....

    BalasPadam
  2. Bole tahan citenya..Kat mana sbnarnya kampung ni?Gambar tak klearla.Letak video gi bes.Bagi keras lagi cite.Ok brade Zam.Wa pasti ikut cite2 lu ok.Nama wa PAPANTANDA..

    BalasPadam
  3. Salam penulis..kami orang2 kampung dari Perak.Sangat bangga orang kota mahu bercerita tentang masyarakat kami di Bagan Datok.Tapi,ceritanya kurang lengkap sangat.Datangla ke tempat kami lagi dan kami akan cerita sama sama.Kami kenalkan dengan orang orang lama Bagan Datok.Teruskan ceritanya lagi dan kami akan singgah.

    BalasPadam
  4. Salam.Ini blog baru ya?Banyak lagi yang harus diperbetulkan.Ceritanya,ok lah.Cuma hendaklah dimantapkan lagi.Ruangan "Kids Holiday Corner" tu,buatla betul betul.Anak anak kak pun boleh tengok.Ok lah,semoga berjaya.Akak nak daftar cukup bulan ni buat anak akak.

    BalasPadam
  5. Terima kasih kpd jawaban yg masuk.Laila,The Chimney.Safian,Chimmney.Nasir,Serobong.Fadhil,Lubang asap.Faradiba,The Chimmney.Sue,Chimney Tg Kubong.Syed,The Chimney,Labuan.Faiz,chimney asap.Kak Yan,serombong keretapi.Papantanda,asap kemenyan.Razak,ejos.Mat Don,Honda.Rohana,chimney.

    BalasPadam
  6. Mohd Saad,Chimmney.Mohd Sa`bun,chimney.Zack,chimney.Din Kecik,tak tahu.

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.