Pages

Selasa, 16 Ogos 2011

Panduan Ke Terminal Bas Persepadu Bandar Tasik Selatan.Saksikan Klip Videonya.



                                       
Salam Sejahtera..Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dibulan ramadan yang mulia ini.Saya percaya bahawa kita sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelang nanti.Bukan saja kita sedang sibuk membelibelah,malahan terdapat ratusan ribu wargakota akan pulang ke kampung halaman masing masing.Berbagai cara akan digunakan untuk pulang ke kampung termasuklah menggunakan perkhimatan pengangkutan awam iaitu bas.

Baru baru ini saya sempat meninjau kesebuah terminal bas bersepadu Bandar Tasik Selatan yang serba lengkap dan selesa.Terminal bas laluan SELATAN ini baru saja dibuka pada awal tahun ini memang saya akui sangat selesa,mesra pelanggan dan sangat luas.Walaupun saya tidak dibenarkan merakam video didalam terminal tersebut kerana tidak meminta kebenaran secara bertulis terlebih dahulu,tergerak hati saya ingin memberi panduan bagaimana hendak sampai ke terminal ini.Kepada sesiapa yang masih lagi belum pernah sampai ke terminal ini,SAKSIKAN klip video yang disertakan.Mudahmudahan,dapat menyenangkan perjalanan sesiapa saja yang ingin ke terminal bas ini.Saya menggunakan perkhimatan LRT Star dari Masjid Jamek bagi laluan Sri Petaling dan berhenti di stesyen Bandar Tasik Selatan.Kita juga boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan ERL dan berhenti juga di Bandar Tasik Selatan

Setinggi 6 tingkat terminal ini mempunyai 55 platfom bas,150 hentian teksi,1000 ruang letak kereta dan 1800 tempat duduk menunggu.Ianya kelihatan seperti lapangan terbang apabila saya melihat suasana didalamnya.Ia juga dilengkapi kedai kedai serbaneka dan restoran restoran yang menyajikan makanan tempatan serta barat.Berhawa dingin sepenuhnya,saya merasakan terminal ini amat selesa dimana tiada lagi asap asap bas atau keadaan berminyak serta kesempitan ruang.Akhir sekali,saya merasa bangga kerana dari sudut pelancongan,ini akan mengubah persepsi masyarakat pelancong ketika mereka berada di negara kita yang bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain menggunakan perkhidmatan bas.Sehingga berjumpa lagi,selamat berpuasa dan selamat bershopping.


1 ulasan:

No foul languages please.TQ for your comments.