Pages

Selasa, 13 Julai 2010

Festival Kuala Lumpur Yang Di Nantikan.

Salam Sejahtera Dan Hello Kepada Semua..
Sepertimana yang dinanti nantikan oleh warga kota dan juga diluar Kuala Lumpur,bulan Julai merupakan bulan Festival Kuala Lumpur.Puluhan acara acara berbentuk warisan dan kesenian,tarian,musikal,taridra,pameran pameran bertaraf antarabangsa.Paling dinantikan ialah,Malaysian Mega Sale Carnival dan juga yang sedang berlangsung sekarang iaitu,Floria 2010 di Presinct 2,Putarajaya.Ia merupakan pertunjukkan bunga bungaan bertaraf dunia.Haa..apalagi,peminat peminat bunga..Ia berlangsung sehingga Ahad ini.

Ok..Sebelum kita lihat siapakah PEMENANG BERTUAH dilaman blog kali ini,saya nak sajikan pembaca pembaca blog ini dengan klip video yang saya rakamkan.Ia merupakan kehijauan yang asli ditengah tengah hutan batu diibukota Kuala Lumpur ini.Sudah bertahun lamanya saya tidak menjenguknya dan terasa rindu pula ketika saya melaluinya tempoh hari.


Janganlah kita lupa bahawa kehijauanlah yang banyak membantu umat manusia didalam hidupnya setiap hari.


Foto foto ini diambil ketika bertrekking didalam hutan simpan Bukit Nenas.Sungguh tenang dan udaranya segar serta bunyi unggas disekelilingnya.

Whats Cooking.

Seterusnya..marilah kita lihat segmen ini pula.Ianya menjadi kegemaran jutaan penduduk Malaysia ini sejak puluhan tahun lalu.Saya juga berpeluang berbual dengan seorang anggota pemilik warung ini yang sudah hampir 20 tahun mengendalikan perniagaanya.Terletak di sebuah stesyen LRT,pengusaha warung ini sentiasa menggamit kehadiran pelangganya mulai jam 7 pagi hingga lewat tengah malam.,menurut En Hassan Rahman yang berasal dari Pantai Timur.

Pendek kata,bermacam macam plihan makanan dan minuman.ada di warungnya.Tapi,yang menjadi pilihan ramai ialah,masakan Thai nya.Tomyam special,sup ekor,paprik,latna,mee kong fu,beehun tomyam nasi goreng daging merah dan puluhan masakan lain sentiasa ada di warungnya.Begitu juga sarapan paginya,roti canai,roti telur,roti bawang,roti bom,roti kaya,roti,roti planta dan bermacam roti lagi.Menurut En Hassan lagi,ada beberapa jenis minuman minuman special lagi di warungnya seperti,Teh O Ais Limau Shake dan Milo Shake.Apalagi....saya pun terus order..MEMANG BES,sedap,pekat,melekat,Teh O Ais Limau SHAKE nya.Kita saksikan videonya,ok.




Kids Holiday Corner.
Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh anak kecil ini..







Pemenang BERTUAH dan SOALAN seterusnya..

Soalan seterusnya.Dimanakah terletaknya pusat simpanan minyak kelapa sawit terbesar didunia?
Baucer kal ini ialah,3/2malam ke IPOH,PERAK,SERTA TIKET PERCUMA KE TAMAN REKREASI LOST WORLD OF TAMBUN+MAKAN MINUM 3KALI SEHARI UTK 2 ORANG TIDAK TERMASUK PENGANGKUTAN.ATAU WANG TUNAI BERNILAI RM300 SAHAJA.

Pemenang BERTUAH kali ini ialah seorang peserta yang agak lama.Beliau ialah,En Fitri Zaman dari Kelang,yang mendapat baucer 3/2malam ke Cameron Highlands+penginapan+makan minum 3 kali sehari.Tidak termasuk pengangkutan.TAHNIAH.

SILA JAWAB SEBELUM 23HB JULAI 2010.

TERIMA KASIH..DAN JUMPA LAGI..

1 ulasan:

  1. Saja nak mencuba walaupun 23 julai dah lepas. ^^

    Dimanakah terletaknya pusat simpanan minyak kelapa sawit terbesar didunia?
    -Indonesia

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.