Bas Ruang Terbuka Hop On Hop Off |
Salam Sejahtera semua.Kali ini,nak cerita pasal bas melancong ibukota yang terkenal diberi nama,KL HOP-ON HOP-OFF,bahagian1 .Baru baru ini saya berkesempatan menaikkinya di salah satu dari 22 hentiannya yang terletak dihadapan menara berkembar Petronas.Jom saksikan perjalanan saya meredah Kuala Lumpur yang indah ini termasuk disekitar lokasi lokasi HIJAU yang menjadi salah satu dari 40 tarikkan yang akan dilalui.Cuma,saya ingin memberi PERINGATAN kepada pakcik macik,abang kakak serta adik adik yang mungkin ada memakai rambut PALSU ketika bas melalui kawasan hijau ini.Hendaklah berhati hati kerana terdapat pohon pohon yang rendang dengan ranting rantingnya yang terjuntai diatas kepala kita.Ini boleh menyebabkan rambut palsu anda tersangkut malah boleh tercedera juga.Haaaa...,bayangkan rambut anda tersangkut di dahan atau ranting ranting itu semasa berada diatas bas dibahagian ruang terbuka.
Kepada pemilik MyKad hanya RM19(Harga Promosi) untuk lebih 40 destinasi menarik dan menghabiskan perjalanan menaiki bas istimewa ke seluruh kota raya Kuala Lumpur.
Rasanya harga itu terlalu berpadanan untuk rakyat negara ini sendiri mengenali tempat-tempat menarik di sekitar ibu kota.Tarikan bas persiaran sebegini juga terdapat di kota indah dunia yang lain antaranya London dan Paris.
Beberapa Laluan Menarik Yang Dapat Disaksikan |
Ditambah dengan bantuan 'pemandu pelancong' yang boleh didapati daripada kit pendengaran lapan bahasa yang disediakan di setiap tempat duduk penumpang, mengembara ke seluruh ibu kota benar-benar membawa dimensi baru kepada semua.
Tinjauan saya terhadap perjalanan dan perkhidmatan bas Hop-on Hop-off yang memakan masa kira-kira dua jam 30 minit setiap sesi untuk menghabiskan perjalanan serta durasi 30 minit untuk setiap bas,benar-benar menyeronokkan.
Bas istimewa yang memulakan operasi seawal 8.30 pagi sehingga 8.30 malam itu turut memberi kemudahan perjalanan percuma kepada warga emas serta kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.Tiket pula boleh diperoleh di dalam bas, hotel, agensi pelancongan terpilih dan di beberapa hentian serta secara dalam talian.
Pelancong dari Peranchis yang sempat ditemui,Jacques 43, berkata, tarikan bas Hop-on Hop-off merupakan keistimewaan Kuala Lumpur yang seharusnya menjadi salah satu destinasi tarikan dunia.Jelasnya, kemudahan melancong di sekitar ibu kota dengan sebuah bas yang menyediakan perkhidmatan 'pemandu pelancong' dalam lapan bahasa memudahkan semua pelancong.
''Konsep menarik ini memudahkan pelancong seperti saya malah memberi gambaran sebenar Kuala Lumpur.''Paling penting perjalanan di dalam bas ini dilengkapi kit istimewa yang menerangkan asal usul dan perkara menarik di setiap destinasi," katanya.
Memilih untuk duduk di dek terbuka di bahagian atas bas, Jacques berkata, ruang itu sesuai untuk mengambil gambar.''Berpusing-pusing di lebih 40 destinasi menarik rasanya lebih sesuai duduk di sini sahaja.''Mudah mengambil gambar tanpa halangan dan menikmati 'keindahan' Kuala Lumpur benar-benar memuaskan hati," jelasnya lagi.
Seorang lagi pelancong dari Itali,Marconelli,26,menjelaskan,dia sudah dua kali dalam masa dua hari berturut menaiki bas Hop-on Hop-off.Katanya, kemudahan yang ditawarkan memudahkan pelancong untuk ke semua destinasi menarik sekitar Kuala Lumpur.''Istimewanya bas ini, kita boleh menukar bas Hop-on Hop-off lain walaupun turun di mana-mana destinasi. Ia memberi kemudahan kepada semua selama sehari.
Dengan ertikata lain,kepuasan terpancar di wajah mereka ketika didalam perjalanan.Apa yang harus kita lakukan disni ialah,memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk mencubanya.Hingga berjumpa lagi di bahagian ke 2 kisah ini,saya mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi ke laman ini.Juga,sekiranya ingin melihat klip klip video tentang kisah kali ini dari sudut yang berbeda,sila ke laman saya yang seterusnya di,www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com
PERHATIAN.
Sekiranya saudara saudari inginkan cd atau dvd klip video ini bagi tujuan koleksi peribadi atau mungkin bertujuan pembelajaran,bolehlah menghubungi saya di email yang tertera seperti berikut,kenalinegaraku@gmail.com
Salam kepada penulis.Saya selalu membaca laman ini dan hari ini terbuka hati saya ingin memberi sedikit komen.Saya rasa bangga melihat susah payah saudara kesana kemari membuat liputan pelancongan hampir setiap bulan.Photo dan video yang dipaparkan pun sangat menarik perhatian.Teruskan menulis dan semoga lebih ramai lagi peminat dan pembaca ke sini.Buat diri say,saya pasti ke laman ini setiap minggu.
BalasPadamterimakasih kepada en norazam (penulis) yg bersusah payah mengambil gambar dan menghasilkan vcd ini. bagi saya usaha ini patut diteruskan bagi memastikan generasi akan datang dapat mengenali dgn lebih dekat negara sendiri. hasil usaha kerajaan dgn mengadakan bas 2 tingkat bgi pelancong amatlah dihargai dan patut dipuji.
BalasPadam