Pages

Isnin, 4 April 2011

Jom Ikut Saya Naik Bas Makan Angin Hop-On Hop-Off Dua Tingkat Buka Atas.Bhg 2.

Bas Melalui Kawasan Hijau Disekitar Kuala Lumpur
Salam Sejahtera dan kita jumpa lagi.Dalam bahagian ke 2 kisah bas Hop-On Hop-Off ini,mari kita tonton klip video yang disediakan.Harap semua yang melawat laman ini terhibur dan sedikit sebanyak dapat melihat persekitaran Kuala Lumpur ini bersama saya terutama yang berada diluar bandar.Apa yang saya dapati dengan adanya perkhidmatan ini,kita boleh menjimatkan kos perbelanjaan melihat ibukota disepanjang 40 lokasi menarik.Bas dua tingkat yang cukup selesa dan mengenakan pembayaran berpatutan ini,akan melalui 22 hentiannya dan mengambil atau menurunkan penumpangnya.Perlu di ingatkan disini bahawa,tambang yang dikenakan adalah perjalanan selama 24 jam..Kita juga boleh memilih pakej pakej tertentu yang disediakan sekiranya ingin melawat Kuala Lumpur melebihi 24 jam.

Dataran Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samad

Dataran Merdeka
Kawasan Hijau Yang Akan Dilalui Bas Hop-On Hop-Off
Istana Negara
Terdapat juga bas dua tingkat Hop-On Hop-Off yang mempunyai ruang terbuka disebelah atas dimana kita boleh melihat keindahan Kuala Lumpur melalui lensa kamera tanpa halangan.Diruang terbuka ini,tersedia tempat duduk yang agak selesa dan menjadi pilihan ramai ketika bas menyusuri laluan hijau dibeberapa lokasi tertentu.Sedikit nasihat dari saya iaitu,bagi pelawat pelawat yang berambut palsu atau bertopi,hendaklah berhati hati.Dahan dahan pokok serta ranting ranting yang terjuntai ketika melalui kawasan hijau ini boleh menyebabkan rambut palsu  dan topi anda tersangkut ketika berada diruangan bas yang terbuka ini.Bayangkan rambut palsu anda tertinggal di ranting ranting serta dahan dahan pokok itu...Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini terjadi.Ditambah pula,ramai pelawat lain yang bersama sama anda,mempunyai kamera ditangan masing masing.Sudah pasti foto anda terpampang di internet,lebih lebih lagi di facebook atau twitter.


Laluan Hijau Ke Taman Orkid
Laluan Hijau Taman Tasik
Pusat Kraftangan Malaysia
Laluan Di Jalan Ampang
Laluan Ke Taman Hijau
Laluan Hijau
Ruangan Terbuka Diatas Bas
Pelancong Asing
Laluan Hijau
Masjid Negara
Pelancong Asing
Dataran Merdeka
Bandaraya Kuala Lumpu 
Bandaraya Kuala Lumpur
Bandaraya Kuala Lumpur
Pelancong Asing
Akhirkata,marilah beramai ramai mencuba perkhidmatan ini bersama keluarga dan rakan rakan agar kita lebih mengenali negara kita yang indah ini.Sekiranya anda inginkan sesuatu yang berlainan melihat bandaraya kita,naikilah bas Hop-On-Hop Off.Saya juga memberi perkhidmatan PERCUMA sekiranya anda perlu panduan melihat KL.Sampai jumpa lagi di cerita yang lain,jaga diri dan selamat melancong serta beriadah...

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Cerita menarik.Nanti nak cuba.Jangan sampai rambut palsu jadi sarang burung.

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.