|
Kasturi Walk,Central Market |
Salam sejahtera,jumpa lagi.Semoga semua pelawat dan pengikut laman ini sihat sihat sahaja.Haaa..,apa kata ikut saya walk walk di Kasturi Walk yang baru dibuka pada 19hb Feb yang lalu? Tempat ni memang dah lama ada.Cuma diberi nafas baru agar kita semua dan pelancong pelancong dapat ber shopping dengan lebih selesa dan pada pandangan saya,lebih selamat.Maklumlah,Kasturi Walk yang bersebelahan Pasar Seni ni,amat terkenal dengan gejala gejala yang tidak sihat.Namun begitu,setelah diberi facelift baru dengan ciri ciri keselesaan oleh pihak Central Market,ianya kelihatan selamat,selesa dan paling istimewa ialah,suasananya yang berkonsepkan seperti berada di kampoung ketika shopping.
Saksikan klip klip video dan foto foto yang disediakan.Oh ya,laluannya juga berbumbung agar kita tidaklah basah sekiranya hujan atau berpanas.
Dari jauh lagi sudah kelihatan replika wau bulan yang menjadi tema Kasturi Walk ini.Wau bulan setinggi 9 meter dipilih agar laluan shopping ini dapat mempertontonkan seni warisan dan kebudayaan negara kepada pelancong asing.Panjang laluan shopping ini ialah 112 meter dan mempunyai lebih dari 50 kios kios kayu beratapkan nipah.Sepertimana lazimnya,kios kios ini mempamerkan barangan barangan kesenian negara kita yang berkualiti tinggi.Disinilah,kita dapat membeli hasil hasil kraftangan dengan harga patut malahan,masih boleh tawar menawar.
Bukan saja barangan barangan kraftangan yang terdapat disini,kuihmuih atau manisan tradisional juga,kelihatan dijual di kios kios yang ada disepanjang laluluannya.Kios kios minuman pun terdapat disini dan kita bolehlah menikmati makan minum sekiranya kehausan dan lapar.Laluan ini kelihatan lebih menarik kerana terdapat bangunan bangunan lama dan antik sebaris dengannya dan ada diantaranya dicat dengan warna warna menarik.
|
Kasturi Wal |
|
Bangunan2 Lama Di Kasturi Walk |
|
Makanan Dan Minuman Di Kasturi Walk |
|
Kuih Muih Di Kasturi Walk |
|
Barangan Di Kasturi Walk |
|
Bangunan Bangunan Lama Di Kasturi Walk |
|
Pasar Seni |
Ok,sampai disini saja.Kalau ada masa,marilah kita berama ramai kesini dan melihat satu lagi lokasi menarik di ibukota yang indah.Kalau nak ajak saya pun boleh,saya belanja makan ok.Saya akan kembali lagi dengan cerita cerita yang lebih menarik lagi.TERIMA KASIH..
Saya memang suka dengan foto2 yang ada kat laman ini setiapkali datang.Videonya pun menarik gak.Cuma,orangnya je tak tau rupa.Boleh kenalkan diri you?
BalasPadamhi thanks for ur visit to my blog..
BalasPadama lil bit of comment on ur banner
maybe patut resize sket ke bagi sesuai dgn template blog..besar betol sekarang ni..haha :D
menarik,dah lama tak gie kl brubah betul....
BalasPadam