Pages

Rabu, 2 November 2011

Saksikan Klip Video Nasi Lemak Kukus SeruNding.Memang POWER.

Nasi Lemak Kukus Serunding
Salamn sejahtera...Semoga sihat semuanya.Kali ni nak cerita pasal nasi lemak pula.Jangan marah ya,asyik cerita pasal makanan je.Tapi kan,dapat juga kita kenali makanan kegemaran orang Malaysia kan? Hehe...Entah kenapa sejak dua menjak ni nak cerita pasai makan je.Apapun seperti biasa,saya dah sediakan klip videonya.Jadi,mari kita saksikan.Jangan malu malu ya..klik je butang play kat gambar video tu.

Kisahnya,ada sebuah gerai di stesen LRT Wangsa Maju yang menjual Nasi Lemak Kukus Serunding yang sangat sedap.Ia merupakan sedikit kelainan dari nasi lemak yang lain kerana,ia dijual bersama Serunding ayam yang cukup lazat.Serundingnya pula telah terkenal sejak tahun 1975 lagi dan amat digemari ramai.Ia mula di sajikan bersama nasi lemak hinggalah ke hari ini.Bagi diri saya yang gemarkan nasi lemak,terasa gembira apabila dapat bertemu kembali Nasi Lemak Serunding ini setelah beberapa tahun tidak kelihatan di tapak perniagaanya yang asal.Oh ya,nasi lemak serunding ni akan mula diniagakan pada jam 4 petang dan dinasihatkan cepat cepat membelinya.Kerana,ada masanya jam 7 petang saja,sudah HABIS semuanya.

Apapun,saksikan klip videonya.Terima kasih kerana sudi ke laman ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.