Pages

Sabtu, 11 Februari 2012

Karenah Wargakota Di Khalayak Ramai.Berlanggar Di KL Sentral.

Orangramai Di Kuala Lumpur
Salam sejahtera semua.Semoga sihat sihat semuanya.Ya,kali ini saya dilanggar di KL Sentral.Pernahkah sesekali kita melihat karenah atau perangai orangramai ketika dikhalayak ramai? Mungkin anda tidak peduli atau ambil kisah tentang perkara ini.Mari kita lihat beberapa perkara sesetengah wargakota metropolitan ini mempamerkan kebolehan mereka yang mungkin telah sebati dengan mereka tanpa disedari.

Perkara perkara yang kita dapat lihat ketika saya berada di atas LRT menuju ke KL Sentral adalah seperti berikut.Membetul-betulkan serban di kepala,menyuluh muka dengan cermin make-up sambil membasahkan bibir dengan lidahnya,menguap tak sempat menutup mulut,tidak mahu memberi tempat duduk kepada wanita mengandung,menggoyangkan kepala sambil mendengar musik ditelinga dan paling saya nak ketengah kan disini ialah,ber SMS atau bermain game melalui hfon.Lihat sajalah hfon yang digunakan.Ada yang mencecah RM2 ribu.Dah la tu,tersenyum sorang sorang,bercakap dengan kuat biar orangramai tahu yang dia bisnes juta juta.Paling saya bengang,apabila sampai di KL Sentral saya pulak dilanggar oleh seorang wanita bertudung gara gara tidak memandang kehadapan ketika berselisih.Dari jauh lagi saya sudah dapat melihat wanita tinggi lampai ini asyik yang amat sangat dengan hfonya.Sedikit pun tidah memandang langkahnya ketika laju meluru kearah saya.

Saya cuba mengelak ke kiri,namun tidak berjaya kerana ada orangramai disebelah kiri saya.Kedepap...bseparuh badanya menghentam separuh badan saya.Tak sempat menampan dengan tangan kanan saya pun.Dah la tak cakap sori pun,dia pandang semacam pulak dekat saya.Aaaaaiiii...salah saya ke?? Nasib baik saya tak menanpan dengan tangan kanan saya.Kalau tak,dah tentu dia ingat saya nak raba badan dia.Macam macam ragam betul wargakota ini.Ok lah ya kawan kawan,terima kasih sudi ke laman ini.Oh ya,kalau rasa nak buat sedikit duit melalui laman ini melalui program klik10,daftarla ya,PERCUMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.