Pages

Jumaat, 16 November 2012

Menyusuri Tasik Mines Dengan Bas Yang Juga Merupakan Sebuah Bot.Saksikan Klip Videonya.

Salah Satu Bas Yang Akan Membawa Anda Menyusuri Di Tasik
Assalamualaikum..Jumpa lagi dilaman ini dan pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca.Memandangkan ketika ini musim cuti sekolah,sudah pasti ramai keluarga yang sudah membuat persiapan bercuti atau riadah bersama anak anak tercinta.Baru baru ini,saya berkesempatan mencuba sesuatu yang menarik buat seisi keluarga yang diberi nama,WaWa Amphibious Splash Tour di tasik Mines Sg Besi,Kuala Lumpur.Memang besss sangat krus ni.Paling bes ialah,ketika bas diatas bukit sedang bersedia untuk masuk kedalam tasik dengan menuruni bukit mengikut kelajuan yang dibenarkan.Geeedeebuuuussshhh....bunyinya apabila bas itu menghentam permukaan air di tasik itu.Tak caya? Haaaaa...saksikan 2 klip video yang saya selitkan bersama di cerita kalini.Kena tengok dua dua kelip video tau. Akhir kata,selamat menonton dan datanglah ke The Mines Shopping Mall untuk mencuba krus ini.Jumpa lagi dilain cerita.Oh ya,kalau sesiapa ingin melancong disekitar Kuala Lumpur dan mahu saya tunjukkan tempat tempat menarik,jangan lupa menghubungi saya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.