Pages

Ahad, 18 September 2011

Nasi Lemak Dan Nasi Goreng Paprik Siam Mari.Saksikan Klip Videonya....

Nasi Lemak
Salam sejahtera dan jumpa lagi.Nak cerita pasal makan pula kalini.Seperti tajuk diaias,sudah tentu nasi lemak dan nasi goreng paprik tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia.Dimana saja kita berada,sudah pasti terdapat kedua jenis makanan ini tak kira siang atau malam.Dari sudut pelancongan pula,ianya juga amat digemari ramai disebabkan mudah didapati serta cepat disediakan.Biarpun akhir akhir ini kos jualannya meningkat,ia tetap menjadi pilihan sepanjang masa.Asal usul nasi lemak juga pernah dipertikaikan.Ada yang mengatakan ianya dari negara seberang Indonesia dan ada mengatakan,ianya memang berasal dari negara kita.Tidak seperti nasi goreng paprik,ianya sudah terbukti memang berasal dari negara Thailand(Siam) Apapun,kita saksikan sedikit klip video yang sempat saya rakamkan baru baru ini.Dalam rakaman ini,entah kenapa saya tiba tiba tergelak.Mungkin semasa rakaman ada hantu gelak kot dibelakang saya.Jadi,jangan gelak ya saudara saudari.


Nasi Goreng
Ok la ya,sampai dilain waktu saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjenguk di laman ini.Jangan lupa beri komennya ya.Sekiranya saudara saudari ingin melihat sesuatu tempat melalui video atau ingin turutserta bervideo,hubungi saya di facebook ok.Manalah tau,kot kot saudara saudari inginkan produk2 divideokan,bolehlah hubungi saya juga.

1 ulasan:

  1. Nasi lemak memang sinonim kepada rakyat malaysia tp kalau terlebih makan kolestrol menanti hehehe.....apa2 pon terbaik dari ladang.

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.