Pages

Rabu, 4 April 2012

Keretapi ETS Ipoh Mali Punyer,Talak Munyi Wooo.Bhg 1

Stesen Keretapi Ipoh Yang Dibina Pada Tahun 1914
Salam sejahtera semua,semoga sihat dan ceria selalu.Dah lama rasanya tak berceloteh dengan cerita cerita baru disini.Ya,saya tau yang kenkawaan semua rindu dengan kisah kisah hangat serta menarik dilaman ini.Hehehehehe...saya sendiri nak tergelak.Sabor ya,jap gi kita tengok klip video yang disediakan.Seperti tajuk diatas,baru baru ini saya berpeluang naik tren laju ETS menuju ke bandaraya Ipoh sambil menjalankan tugasan.

Tren laju ETS ini boleh dikatakan selesa,bersih dan laju,dimana perjalanan hanya memakan masa kurang dari dua jam sahaja.ianya begitu selesa sehingga tidak mengeluarkan bunyi bising mahupun sebarang goncangan yang kuat.Smooth lah kata omputih,hehe.Apa yang menjadi kesukaan saya,ialah pemandangan diluar ketika beredar dari bandaraya Kuala Lumpur melalui KL Sentral.Dalam bahagian kedua nanti kita akan dapat melihat lebih lanjut lagi keindahan bumi bertuah kita ini melalui lensa video yang akan saya paparkan nanti.Tanah subur menghijau,gunung ganang,tanaman tanaman,pekan pekan kecil serta kampung kampung kecil disekitar laluan tren letrik ini.

Setibanya di Ipoh,saya amat terpegun melihat bangunan stesen keretapi Ipoh yang begitu antik dibina pada tahun 1914.Bangunan yang mendapat jolokkan` Taj Mahal Malaysia ` oleh penduduk setempat ini masih utuh dan tersergam indah membuatkan saya termenung seketika.Mana tidaknya,bayangkan ia dibina pada era perang dunia pertama.Kosnya pula hanya sekitar RM325 ribu sahaja pada masa itu.Disini,kita dapat gabungkan elemen sebuah perkhidmatan keretapi eletrik serba moden dan sebuah bangunan yang begitu antik dan bersejarah.Sabor ya kenkawan,klip video bangunan bersejarah ini akan dipaparkan pada bahagian kedua nanti.Ok,kita sambung nanti dan saya harap klip video yang disediakan dapat menghiburkan semua yang sudi kelaman ini.Bagi kenkawan yang ingin atau mahu melihat video keretapi ETS ini dari sudut yang lain,silalah kelaman saya yang satu lagi iaitu di,
www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com  Terima kasih semua dan jumpa lagi.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.