Pages

Isnin, 27 Februari 2012

Pameran Antarabangsa Dua Roda Di PWTC 2012 Bhg 1.Saksikan Klip Videonya.

Can Am Spyder Roda Tiga.
Salam...kepada semua yang sudi kelaman ini.Semoga sihat sihat sahaja.Kepada abang abang,kakak kakak,pacik,makcik,yang berminat dengan motosikal besar bolehlah menonton klip video serta foto foto yang dilampirkan bersama.Adik adik dibawah 17 tahun,TIDAK digalakkan menonton klip video serta foto foto yang disediakan kerana,ada beberapa babak babak di klip video dan foto foto yang sangat tidak sesuai ya.Pihak ADMIN laman ini TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya terdapat perubahan ketara dari segi fisikal adik adik semua.Atau,adik adik sering kelaman ini.




Sejak awal pagi lagi saya sudah bersiapsedia beratur untuk masuk menyaksikan Pameran Kenderaan Beroda Dua Antarabangsa yang julung julung kali diadakan di PWTC pada 22-26Feb yang lepas.Sebenarnya dua hari berturutturut saya berada ditapak pameran.Bukan apa,minat saya sangat mendalam dan telah mencapai tahap jingga apabila soal soal motorsikal dibangkitkan.Mungkin mat mat motor diluar sana akan faham maksud saya.Pada awal pagi itu,tidaklah begitu ramai yang datang.Tapi,pada hari Sabtu dan Ahad,huuuuhhh...berpeluh dibuatnya kat dalam dewan tu.Bukan saja motorsikal motorsikal yang dipamerkan menjadi pujaan dan kegilaan orangramai,tetapi pada aksi stan stan berani mati juga dipertontonkan kepada semua yang hadir.Kalau nak tengok stan stannya,saksikan klip video bahagaian keduanya nanti ya.Sabaaaaaarr..Ok lah ya,nak cerita panjang,nanti takut semua boring pulak.So,saksikan klip videonya serta foto foto yang sempat saya susunkan.Terima kasih kerana sudi kesini semoga jumpa lagi,jaga diri dan hati hati di jalanraya.

2 ulasan:

No foul languages please.TQ for your comments.