Pages

Jumaat, 31 Ogos 2012

Tiba Tiba Bau Durian Di Bawah Pohon Kemboja Bersamaan Malam Jumaat.

Ada Sesuatu Di Pohon Kemboja
Assalamualaikum semua yang sudi ke laman ini.Bukannya apa,cuma nak cerita apa yang berlaku malam semalam yang merupakan malam Merdeka dan kebetulan juga,malam Jumaat.Harap semuanya sudah membuang air kecil sebelum membaca cerita ini ya.Buat peminat klip klip video saya pula,MAAF ok,kali ini takda klip videonya.Sebab,kalau saya sempat merakam klip video apa yang saya nak ceritakan,pasti laman blog ini tiada cerita baru lagi,hehehehe.

Begini kisahnya...Sedang melepak di rumah malam semalam,tiba tiba seorang kawan menalipon dan mengajak keluar minum minum sambil menikmati malam merdeka.Tak sampai pun setengah jam,kawan pun sampai dan kami terus beredar menghala ke Gombak melalui MRR2.Saya diberitahu yang jalan agak sesak di bandaraya Kuala Lumpur.Kami pun membuat keputusan untuk keluar saja dari ibukota menghala ke Karak dan seterusnya ke Genting Sempah untuk minum disana.Maaaakk...oooooiiiii...ramainya orang sedang makan minum disitu.Malam masih muda dan kawan pun terus mengajak berjalan jalan menghala Kuantan setelah selesai minum.

Kelihatan banyak juga kenderaan menghala ke Pantai Timur.Perjalanan yang gelap namun suasananya dingin dan segar.Setelah hampir dua jam perjalanan,saya mengajak kawan berhenti seketika disebuah pekan kecil.Kelihatan beberapa gerai gerai makan yang masih dibuka memandangkan sudah hampir tengah malam.Sedang kami memilih milih gerai makan,kelihatan sebuah gerai makan yang bertaraf cafe dan dipenuhi ramai pelanggan.Cuma,takda ruang tempat letak kereta.Dibahagian depan dan sisi cafe tu,semua dah penuh.Kami mengambil keputusan meletakkan kereta dibelakang cafe itu sahaja melalui satu lorong kecil disebelah tepinya.

Selesai makan serta minum ringan,kami pun ke tandas kerana terasa nak terkucil.Saya yang terlebih dahulu masuk ke bilik air maka terkucil lah saya.Apabila selesai,saya pun keluar dan terus menghala ke kereta dengan tiada apa apa perasaan atau memikirkan benda benda yang tidak baik.Malahan saya diberitahu ada jalan shortcut dari bilik air ke tempat kami meletakkan kereta dibelakang cafe tadi.Sejurus di luar cafe melalui pintu belakang,saya terus menyalakan rokok dan menuju ke kereta sambil menunggu kawan.Elok saja pintu belakang cafe itu tertutup,terasa gelap pulak dan saya mula menyedari memijak bunga bunga putih yang bertaburan diatas tanah merah berhampiran kereta.Rupa rupanya,saya memijak bunga bunga kemboja yang gugur.Barulah saya sedar yang kereta diletak dibawah pohon kemboja yang rendang.

Saya mendongak keatas kerana ingin mengesahkan ianya pohon kemboja,sah sekali ianya pohon kemboja.Ketika itulah terbau seakan buah durian menyelinap masuk ke hidung dengan kuatnya.kawan yang datang dari arah belakang pun dengan tidak sengaja bertanyakan,`mana bau durian tengah tengah malam ni? `Tiba tiba dan tak semenamena,terasa desiran angin meniup di bahagian kepala dan tengkuk.Sampai kedengaran bunyi dahan serta ranting pokok kemboja itu ditiup kuat.Anehnya bau durian itu tidak sedikit pun hilang ditiup angin.Kami terus melompat masuk kedalam kereta dan mengundur kereta dengan kasar hingga ke penghujung lorong dan terus ke jalan besar.Kami pun berpatah balik menghala ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah,bau durian tadi tiada lagi apabila kami masuk ke jalan besar.Setelah beberapa kilmeter barulah kami terasa lega dan mula berbual seperti biasa semula.Nasib baik tak keluarkan kamera untuk shoot video,hehe.Begitulah kisahnya kali ini.Jadi,elakkan parking kereta dibawah pohon kemboja apabila di malam hari.Pohon kemboja selalu dikaitkan dengan pontianak atau benda benda yang tak elok di malam hari.So,sekarang cuba lihat di tingkap rumah anda.Ada pontianak tak? Hehehehehe.Ok,bye jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. ada ygntengah makan durian kut kat bawah pokok tu eeehhhhmmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe...Terima kasih sudi memberi komen.Takda pun sesiapa yang makan durian malam tu.Kalau ada pun,dah tentu puntianak la kot.

      Padam

No foul languages please.TQ for your comments.