Pages

Sabtu, 3 Julai 2010

Jambatan Udara Tak Kesampaian...


Salam...semua.Semoga sihat2 hendaknya.Yaaa,saya tahu...Judul diatas kali ini bunyinya cam jiwang ya ? Nak tahu kenapa ?Begini ceritanya.Sejak beberapa hari yang lepas saya mengalami sakit perut yang keterlaluan dipercayai keracunan makanan.Jap ok,jap bertempiaran lari ke bilik air.Dah tiga atau empat hari dah cam tu.Doktor juga mengatakan yang saya telah tersilap makan dan menyebabkan keracunan.Bayangkan,nak buat apapun,tak selesa.Nak jalan jauh pun,kena fikir dua tiga kali.He..he..he..Tapi,sekarang dah ok dah.Cuma,tak berani jalan jauh2 la.Ini kisah pertama.Jom kita tengok kisah ke dua pulak.

Kisah kedua ini pula membuatkan saya tension.Mana tidaknya,seperti biasa bangun ketika subuh dan menyediakan sarapan pagi serta menyiapkan anak tunggal kesayangan ke tadika berhampiran.Seawal 8 pagi lagi sudah bergayutan didalam lrt menuju ke Jambatan Udara atau lebih dikenali dengan Skybridge,KLCC.Ternyata hampa...Penuh sesak dengan pelawat pelawat domestik dan pelancong asing.Dua hari berturut turut ku mencuba,namun hampa kerana sesak.Nasib menyebelahi ku,kerana perut tidak buat hal.


Mengikut perkiraan saya,sekiranya saya menunggu giliran mendapatkan tiket masuk ke Skybridge,mungkin jam 12 tengahari pun belum tentu dapat naik ke atas.Saya pun membuat keputusan dengan hanya mengambil beberapa keping foto,dan terus beredar dari situ.INSYALLAH..saya akan kesana lagi kemudian hari.

Sekarang Marilah kita lihat Siapakah Pemenang Baucer Percutian 3/2malam ke Pulau Kapas,Marang Terengganu.

               MAAF VIDEO INI TIDAK DAPAT DI TAYANGKAN,TERLALU PANJANG
Beliau ialah...En Syed Hussein Syed Abbas,dari Kajang,Selangor.Kepada yang masih belum berjaya,JANGAN BERPUTUS ASA,TERUSKAN MENJAWAB SOALAN SOALAN.
SOALAN SETERUSNYA.

BUKIT TEGKORAK YANG DIPENUHI ARTIFAK2 SEJARAH TAMADUN PURBA TERLETAK DI ?(SILA JAWAB SEBELUM 15HB JULY 2010)
BAUCERNYA..3/2MALAM UTK 2 ORANG+MAKAN +PENGINAPAN STANDARD DI CAMERON HIGHLANDS.
 ATAU WANG TUNAI RM300.SEMUA BAUCER DAN WANG TUNAI ADALAH DIJAMIN SEPENUHNYA.


Seterusnya marilah kita menonton klip video ini yang menjadi kegemaran jutaan rakyat Malaysia sejak 90 tahun yang lalu.Ianya dipercayai berasal dari Chennai,India.Ia boleh didapati diseluruh pelusuk Malaysia serta digemari oleh semua kaum.Tak kira yang muda mahupun dewasa,boleh dikatakan masing masing mempunyai lokasi kegemaran dimana ianya boleh dinikmati.

Sampai disini dulu saudara saudari..INSYALLAH..kita jumpa lagi dilain cerita.Love you all..




Kids Holiday Corner.
Saksikan klip video ini,yang diambil di Cosmo`s World Theme Park,Berjaya Times Square.Jumpa lagi..Bye.









2 ulasan:

  1. hai...turut bersimpati dengan kesihatan u yang kurang memuaskan...memanglah sgt tidak selesa bila kita terpaksa menjadi tetamu toilet yang amat kerap....anyway..hope u are ok now....kali ni x byk cerita ye...tapi boleh di maafkan lah coz org tu sakit perut....x tau nak komen ape...but sedikit terkilan sebab still x dapat tengok video tarian bubu...apa2pun u mesti lagi tension coz dah wat penat2 but hampa.....x pe..cuba lagi lain waktu dan ketika....cuma satu persoalan...ape tujuan sebenar ke jambatan udara tu...? i think lebih menarik kalau u selitkan sedikit info tentang skybridge...sekurang2nya pelawat blog ni dapat information gak terutamanya yang belum pernah menjejakkan kaki ke JAMBATAN UDARA tu....and in addition...ape kata for kids holiday corner u letak juga beberapa keping gambar...interestingkan....mesti ramai parents yang melawat blog u ni akan tertarik untuk bawa anak2 dia org ke sana juga....thats all....tq...

    mawar

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.