Pages

Sabtu, 14 Ogos 2010

Datanglah...Macam Macam Ada.

Kuih Lapis
Ketupat
Salam Sejahtera kepada semua yang melawat laman ini.Semoga kawan kawan semua sihat sambil kita meneruskan ibadah puasa dengan penuh kesyukuran.Kali ini saya ingin mengajak kawan kawan semua mengikuti saya kesatu lokasi membelibelah disekitar bandaraya yang telah dikenali sejak lebih 20 tahun lalu.

Sebenarnya agak lama juga tidak kesini dan memandangkan ini bulan ramadhan,sudah pasti lokasi ini dibanjiri puluhan ribu orang setiap hari.Lokasi ini juga dikenali sebagai " Little Delhi Of India ".Sudah tentu semua kawan kawan tahukan lokasinya? Jalan Masjid India lah...mana lagi? Saya pula ingin mencari sedikit juadah berbuka puasa dan sempat singgah seketika sambil merakam klip video yang sama sama kita tonton nanti.Jalan Masjid India ini telah lama dikenali rakyat tempatan dan kini dibanjiri pelancong asing yang ingin tahu lebih mendalam tentang masyarakat berbilang kaum di negara kita.Saya dapat saksikan betapa meriahnya suasana rakyat Malaysia dari berbagai keturunan bersatupadu menjalankan aktiviti masing masing.

Sepertimana yang saya jangkakan,ribuan pengunjung sedang membelibelah mungkin sebagai persiapan awal menjelang Hari Raya nanti.Macam macam ada disini,barang barang kelengkapan rumah,pakaian,barangan kulit,kasut,suvinir makanan termasuk juadah berbuka puasa,barangan kesihatan dan kecantikkan dan beratus ratus lagi barangan yang dipamerkan.Dari segi harga,tak usah risau,boleh runding dan murah.Ok lah kawan kawan,sampai disini dulu..Selamat menunaikan puasa seterusnya dan selamat bershopping.
<><><><><><><><>
<>
<><><><><><><><>
Juadah berbuka puasa











Suasana di Masjid India

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.