Pages

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Yang Mulia..

Masjid Jamek,Kuala Lumpur
Assalamualaikum..kepada semua.Selamat BERPUASA dan marilah kita meningkatkan amal ibadat di bulan yang teramat mulia ini.

Kali ini,saya tidak kemana mana.Sekadar mundar mandir di sekitar ibukota Kuala Lumpur sahaja dan kebetulan pula`ada urusan perbankan yang perlu diuruskan.Saya berada disekitar Jalan Tun Perak dan didepan saya tersergam indah sebuah masjid yang begitu bersejarah di Malaysia.Ia juga merupakan salah satu ikon pelancongan sejak dahulu lagi.

Ia diberi nama Masjid Jamek dan dibina pada tahun 1897 oleh seorang pemangku arkitek British yang datang dari India.A.B.Habbock yang bertugas dengan Jabatan Kerjaraya ketika itu ditugaskan membina dan melaksanakan projek tersebut.Senibinanya adalah gabungan Moorish dan Moghal.Ianya berdiri megah hingga ke hari ini dan sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.

Bagi warga ibukota pula,masjid ini sentiasa penuh ketika setiap solat Jumaat biarpun beberapa buah masjid lain berhampirannya. seperti Masjid Negara yang siap dibina pada tahun 1967.Marilah kita saksikan klip video berikut.




Masjid Jamek,Kuala Lumpur
Masjid Jamek Kuala Lumpur
Masjid Jamek,Kuala Lumpur
Masjid Jamek,Kuala Lumpur

Akhir sekali,sampai disini dulu ya..INSYALLAH..saya akan kembalo dengan cerita cerita yang lain pula.Selamat berpuasa ya.OOOOh ya,kalau nak tengok video klip terbaru pasal makanan kegemaran Malaysia,sila ke laman blog ini,k.     http://www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.