Pages

Ahad, 6 Februari 2011

Seronoknya Melancong Bersama Pelanggan.

Suasana Tenang Dan Damai Ditepi Pantai
Salam Sejahtera,dan jumpa lagi.Kali ini nak cerita tentang pelanggan ketika saya berkesempatan turuserta bersama mereka melancong kesebuah destinasi.Kumpulan ini dah jadi regular.Saban tahun akan bersama saya pergi melancong.Yang seronoknya,mereka ini amat menghiburkan dan tidak segan silu memaparkan karenah masing masing semasa melancong.Ada diantara mereka sangat melucukan dan tidak kurang juga berbakat ketika mengikuti beberapa aktiviti semasa melancong.

Pelanggan Mendengar Taklimat Tentang Destinasi Yang Bakal Dituju
Perjalanan Bermula.
Semuanya bermula di pejabat dan pelanggan ini memang bijak memilih destinasi yang hendak dituju.Kali pertama,pelanggan ini datang bersama bosnya dan minta penerangan serta mahu menonton klip video pusat perangin yang dimaksudkan.Selepas dua hari,mereka datang sekalilagi dan kali ini,saya tersenyum lebar kerana buku cek kelihatan dibawa bersama.Hampir satu jam bosnya menerangkan acara acara yang diingini semasa becuti nanti dan terus membuat pembayaran penuh.Biasanya pelanggan akan membuat pembayaran deposit dahulu.Saya ditegur seorang staf kerana,katanya,senyuman saya dah sampai ke telinga.Hehehehe...

Tibalah masanya sebulan selepas itu dan semua rombongan melancong mulai menunggu pengangkutan yang sedia menunggu dilokasi yang ditetapkan oleh pelanggan sendiri.Pelanggan sengaja memilih alam rimba sebagai destinasi mereka ketika itu.Setelah selamat sampai ke pusat peranginan,kami diberi taklimat oleh pegawai bertugas sebelum masuk ke resot.Memang amat hijau dan rimba sekali,serta dibuai desiran air terjun berhampiran.Bunyi unggas unggas rimba jelas kedengaran dan tiupan udaranya yang mendinginkan.

Mendengar Taklimat Dari Pihak Resot
Selesai kebilik masing masing serta menukar pakaian,kami pun bergegas ke ruang makan untuk menikmati hidangan tengahari.Boleh dikatakan,semuanya berselera ketika makan.Gelak ketawa silih berganti dan apabila selesai,bermulalah aktiviti aktiviti yang telah disusun rapi oleh pihak resot.Saksikan foto foto yang disediakan ya.Oh ya,kali ini tiada klip videonya ya,takut pelanggan tak izinkan.Sebab,banyak aksi aksi lucu dan karenah serta perangai masing masing yang sempat saya rakamkan.

Dalam Perjalanan Meninjau Kehijauan Hut
Acara Sukaneka Disebelah Petang
Pusat Peranginan Yang Dituju
Rombongan Melancong
Taklimat Khazanah Rimba
Waktu Makan
Waktu Makan
Tumbuh Tumbuhan Didalam Hutan
Acara Gergaji
Naik Keretapi Traktor
Menuju Ke Hutan
Lanskap Yang Indah
Kolam Ikan
Lanskap Yang Indah
Acara Sukaneka.
Ok,sampai disini dulu dan TERIMA KASIH kerana sudi kelaman ini.Saya akan kembali lagi dengan cerita cerita yang lebih menarik lagi.Bercutilah sekiranya mempunyai waktu agar kita mempelajari sesuatu darinya serta merehatkan minda...

7 ulasan:

  1. Salam.Suka saya melihat laman awak.Cerita dan terutama foto2nya menarik sekali.Saya amat meminati kerjaya awak.Kalau saya masih bujang,dah tentu saya pilih kerja macam ni.Saya pasti akan melawat laman ini lagi.Terima kasih berkongsi pengalaman awak.

    BalasPadam
  2. Did you organise all these Norazam? You must have a ball of a time..:)

    BalasPadam
  3. Woooiiyo.Besnya.Mesti mahal ni hang cas.Kalau pi Danok,berapa ha ?Tengok gambaq2 semua aku dah tak tahan nak pi makan angin.Hang ni pandai sungguh cari duit.hang pulun abih no...

    BalasPadam
  4. Norazam, really enjoy the pictures. The landscaping ones are beautiful. I also wonder if you organize these or was it something you joined in and took pictures of. Either way looks like everyone enjoyed themselves.

    Thanks for sharing

    BalasPadam
  5. Salam..Cam kenal je event ni?Bes tu..

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.