Pages

Ahad, 27 Februari 2011

Terdakap Sesuatu Di Gua Batu Caves.Bhg 1.



Salam Sejahtera dan apa khabar kepada semua ? Dah lama juga tidak dapat menceritakan seuatu yang baru disini.

Maklumlah,kerja menimbun dan ramai juga yang meminta sebut harga ke destinasi destinasi yang bakal dilawati.Saya juga terasa teruja kerana orang melayu kita sedikit demi sedikit dah mula mahu melangkahkan kaki bersama keluarga,rakan rakan dan organisasi organisasi kecil dan sederhana,melancong keserata pelusuk negara.Namun dalam kesibukan harian,saya sempat juga meluangkan masa ke suatu destinasi melancong yang amat popular dikalangan pelancong luar dan dalam iaitu,Batu Caves.Almaklumlah...dah lama tak kesana dan terasa ingin pula beradu tenaga yang ada memanjat 272 anak tangganya dengan beberapa rakan rakan yang turutserta.Ya,memang benar apa yang berlaku seperti tajuk cerita kali ini.Huh..memang saspen..Jadi,teruskan membaca kerana saya juga menyediakan beberapa klip videonya serta foto foto yang sempat diambil.

Sejak awal pagi lagi saya telah bersiapsedia walaupun beberapa hari sebelumnya agak tidak begitu sehat.Setibanya diperkarangan Batu Caves saya pun membeli beberapa botol air mineral kerana cuaca sudah mulai panas dan sudahpun berpeluh.Pelancong asing dan dalam negara pun kelihatan ramai.Semuanya nampak bersungguh sungguh mahu menaikki 272 anak tangganya untuk sampai ke gua paling atas.Oh ya,sedikit sebanyak tentang gua Batu Caves ini ialah,ianya mempunyai 3 buah gua utama.Gua Tokong terletak paling atas dan perlu menaikki 272 anak tangga untuk sampai.berikut ialah,Gua Kelam atau lebih dikenali sebagai Dark Caves yang akan dibuka kembali beberapa minggu lagi kepada orang ramai.Gua Seni merupakan gua ketiga.Terdapat juga gua gua kecil yang lain.tDisebelah kolam ikanya pula erdapat sebuah patung Lord Murugan dengan ketinggian 42.7 meter yang merupakan patung Lord Murugan tertinggi didunia.Pada tahun 1878,William Homaday telah merekodkan penemuan Batu Caves.Seterusnya ia telah dijadikan tempat ibadat penganut Hindu oleh seorang pedagang India bernama K Thambusamy.


Berbalik kepada cerita saya pula.Dengan selamba saja saya melangkahkan kaki dan mula memanjat secara perlahan.hairan..tak rasa mengah pula.Tapi,kurang lebih suku pendakian,saya mula terasa sengal sengal dan sedikit tercuggap.Saya pun terus berhenti dan sedikit demi sedikit mulai menarik nafas sedalam dalamnya.Ketika berhenti itulah,beberapa pelancong wanita dari Jepun menegur saya dan mereka pun dengan pantas mendahului saya memanjat keatas.Malu juga dibuatnya.Kali ini,saya bertekad tidak mahu berhenti lagi memanjat dan herhasrat memintas wanita wanita dari Jepun itu.Sekali sekala saya mendongak keatas dan saya dapati rakan saya sudah...nun jauh keatas.Apapun jarak saya semakin menghampiri wanita wanita Jepun itu dan tiba tiba mereka kelihatan berhenti.Huh..ini lah peluang saya.Jeng..jeng..jeng..Haaa..nak tau apa yang jadi ? Elok saja saya hendak memintas mereka,salah seorang dengan tiba tiba terundur ke belakang malahan tersilap meletakkan kakinya di anak tangga yang terdahulu.Apalagi,nasib baik tak tergolek ke bawah kerana ditampan oleh badan saya yang berada betul betul dibelakangnya.Secara spontan dan tidak sengaja,saya seolah olah mendakapnya dari belakang.Macam mana hendak menolaknya dengan tangan saya,sedangkan tangan kanan saya memegang kamera.Jadi,saya menahannya dengan cara mendakap lah.Hehehe.Wanita Jepun itu sedikit pun tidak marah malahan berkali kali mengucapkan terima kasih.Rakan rakannya pula ketawa sambil malu malu.Kami pun mengenali antara satu sama lain dan meneruskan pendakian sejurus itu.



Suasana didalam gua agak dingin dan terdapat beberapa gerai gerai cenderahati.Patung patung serta berhala berhala terdapat diserata gua dan cahaya menerangi gua dibeberapa sudut tertentu.Sekiranya anda berjalan didalam gua ini,saya menasihatkan agar berhati hati kerana ada bahagian bahagian laluan agak licin dan basah oleh air yang menitik dari atas gua yang dianggarkan berusia 4 juta tahun ini.Terdapat beberapa ruang terbuka yang luas di gua ini dimana di huni oleh haiwan haiwan seperti monyet yang kelihatan jinak.Saya amat tertarik dengan formasi batu batu kapurnya yang kelihatan terjuntai dari atas kebawah( stalactite ) serta batu batu kapurnya yang menegak dari bawah keatas (stalagmite ).

Ok,sampai disini dulu semua pelawat dan pengikut laman ini yang saya hargai,saya akan kembali lagi dengan bahagian keduanya nanti.Saya harap sudilah kiranya memberi sedikit komen setelah membacanya agar saya dapat memperbaiki laman ini buat semua.Hingga jumpa lagi,jaga diri dan melanconglah selalu.Terima Kasih..

4 ulasan:

  1. Hi,En Azam.Nasib baik tak terdakap monyet tu.Ni lah kali pertama saya melihat sebelah dalam Bt Cave melalui ganbar.Sat hari,saya nak naik juga sampai atas.Terima kasih.

    BalasPadam
  2. menarik juga cerita saudara kat batu caves ni, dalam sibuk-sibuk berjalan dalam gua sambil mengambil gambar, macam-macam hal boleh berlaku.... apa pun, saya tabik spring atas usaha2 yang saudara lakukan untuk memajukan bidang pelancongan negara kita yang tercinta ini..

    BalasPadam
  3. As salam en azam....cantik, menarik, n memang tertarik.....pic around kedah...x der?

    BalasPadam
  4. Tak pernah masuk batu caves ni, lalu jer. Belum ada rasa keinginan lagi untuk singgah. Mujurlah ada klip ni dapat juga tgok rupa gua batu caves... Xsabo pulak menanti klip yg sebelah dlm tu...

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.