Pages

Rabu, 15 Jun 2011

Jalan Malam Malam Di Kuala Lumpur.Saksikan Klip Videonya...

Masjid Jamek
Perkarangan Istana Diraja
Menara Berkembar Petronas
Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur
Salam Sejahtera kepada semua yang sudi kelaman ini dan berbanyak banyak TERIMA KASIH diucapkan.Dalam kisah seterusnya,saya cuma nak mengajak terutama pembaca laman ini yang tinggal diluar ibukota agar sama sama dapat melihat suasana dan aktiviti aktiviti yang ada disebelah malam.Sebenarnya ribuan lagi aktiviti aktiviti yang terdapat disini kalau kita rajin keluar malam.Maksud saya bukanlah saya menyuruh saudara saudari semua keluar malam melepak tak tentu arah,hanya sekadar melancong,rekreasi atau beriadah saja.Buat diri saya,melancong,rekreasi mahupun beriadah tidak dapat dipisahkan lagi dari sanubari,tidak kiralah siang atau malam.Terasa sangat puas apabila dapat memetik kamera samada video atau foto.

Menara Kuala Lumpur
Masjid Jamek
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Pudu Sent
Dataran Merdeka
Bangunan Sultan Abdul Samad
Setiapkali keluar malam saya cuba pastikan dapat berjalan jalan bersama orangramai agar dapat merasakan lebih seronok lagi dan kadang kadang dapat kenalan baru.Saksikan klip video yang disediakan dimana saya meninjau ke dua lokasi berlainan sambil menikmati keindahan malam diibukota ini yang bermandikan cahaya cahaya indah.Dibeberapa tempat juga kedengaran musik dilaungkan dengan begitu kuat membuatkan tempat itu lebih rancak sambil memerhatikan orangramai yang lalulalang.Tidak kurang juga bunyi deruman kenderaan yang tidak putus putus melewati sehinggalah ke awal pagi.Pusat membelibelah serta pasar pasar malam terus dibanjiri seakan akan tiada penghujungnya.Tertanya juga dihati,apakah mereka ini tidak tidur atau keletihan?Kemana saja saya menghalakan kamera,terdapat pelancong asing yang berkeliaran.Semoga mereka ini pelancong sebenar dan bukan spasang Pak Arab yang saya pernah jumpa tempoh hari yang kelihatan seperti pelancong tetapi putaq alam.



Biasalah,kalau jalan jalan ni,mulalah terasa lapar dan haus.Tak payah risau KL ni puluhan ribu tempat tempat makanya.Sebut saja nak makan apa,macam macam ada.Nak istimewa makan di tepi tasik,sungai,laut,atas menara atau bangunan,semuanya ada.Dulu ada makan makan atas pokok,tapi,sekarang dah takda lagi.Takpa,apakata,cuba makan di bawah rel keretapi.Saya rasa mungkin saudara saudari belum pernah lagi kot...Begitulah serba sedikit suasana di Kl ni.Camana klip video yang ditonton tu?

Apa yang diharapkan ialah,agar kita dapat meluangkan sedikit waktu dan berilah hadiah kepada diri kita dengan cara melancong,rekreasi dan beriadah.Kata orang putih,reward yourself once a while.You deserve it.Kepada yang ingin menghubungi saya dan juga mungkin mahu saya menemani sambil memberi penerangan tentang tempat tempat menarik di Kuala Lumpur,sila hubungi saya di, kenalinegaraku@gmail.com Hingga jumpa lagi,selamat maju jaya dan jaga diri.Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.