Pages

Sabtu, 27 Ogos 2011

Hentian Bas Puduraya Telah Ditukar Nama Ke Pudu Sentral.Jom Tonton Klip Video Wargakota Balik Kampung




Salam Sejahtera..Awal pagi lagi saya telah ke Hentian Bas Puduraya untuk meninjau kesibukkan wargakota yang pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan bas menuju ke utara.Semuanya kelihatan ceria mahu menyambut hari RAYA di kampung masing masing dan telah berada di terminal ini sejak awal awal pagi lagi bagi mengelak kesesakan lalulintas.Kebetulan,semasa saya sampai,Perdana Menteri kita baru saja merasmikan terminal bas ini setelah ianya siap sepenuhnya diubahsuai beberapa bulan yang lalu.Setelah dirasmikan,terminal ini juga telah mendapat nama baru iaitu,Pudu Sentral.Saksikan klip videonya yang sempat saya rakam.Suasananya tidaklah begitu sibuk,mungkin ramai yang sudah pulang ke kampung lebih awal lagi.


Apapun,semoga perjalanan menuju ke kampung masing masing berjalan lancar dan paling penting keselamatan ketika di jalanan.Ok lah saudara saudari..Saya juga ingin mengucapkan ribuan MAAF ZAHIR dan BATIN serta SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...SEMOGA BERGEMBIRA BERSANA KELUARGA DAN SANAK SAUDARA.

1 ulasan:

  1. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
    SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1432 H MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN
    ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.