Pages

Sabtu, 5 Mei 2012

Kisah Butang Seluar.

Butang Seluar Jeans Yang Dimaksudkan
Salam Sejahtera.....Jumpa lagi keawan kawan semua.Rindu nak baca kisah kisah menarik saya ya ? Hahahaha..saya tahu laman blog saya ni boring,tapi,tak kisahlah.Saya bukan penulis berita berita sensasi tu.Sekadar suka suka je berblogging.

Kisah seperti tajuk diatas berlaku pada diri saya semalam ketika bersiarsiar di ibukota.Kalau diamati,beberapa perkara yang tidak diingini berlaku pada saya sejak kebelakangan ini.Entahlah.....Begini ceritanya.

Setelah puas berjalan jalan dan bershoot video di tengah tengah bandaraya,terasa nak terkencing la pulaaaaak.Jadi,saya pun masuklah ke sebuah gedung membelibelah dan terus ke tandasnya.Dengan langkah yang laju sambil menahan kepedihannya selepas membayar 30 sen,saya pun masuk ke tandas.Selepas membuka tali pinggang,seperti biasa saya mahu membuka zipnya.tetapi,seluar jeans yang boleh dikatakan baru dibeli adalah jenis berbutang.Maka,dibukalah satu persatu.Sebenarnya saya tidak begitu gemar seluar yang berbutang kalau nak dibandingkan dengan yang berzip.Disebabkan dapat offer yang agak murah,saya pun sambar 2 helai tempoh hari.

Selesai membuang air,maka terasa amat legaaaaaaa,hehe.Tiba tiba,saya terpandang ke mangkuk tandas dan TERINGAT lah kisah yang berlaku baru baru ini dimana seorang telah cedera apabila mangkuk tandas yang digunakan tiba tiba MELETUP,hehe.Perasaan TAKUT meluap luap dihati dan saya pun dengan pantas mengancing butang seluar saya.Leceh betullah pakai seluar jenis berbutang ni.Satu persatu butang dikancing dengan cepat sambil mata memandang ke mangkuk tandas.Takut MELETUP.Selesai mengancing butang,saya melangkah keluar dari bilik tandas dan menuju keluar gedung itu.

saya meneruskan aktiviti berjalan jalan bersama orangramai.Setelah lebih kurang 20 minit berjalan jalan,ada beberapa orang lelaki yang memandang tepat kearah saya sambil tersenyum.Saya pun senyumlah kembali.pada pandangan saya,anak anak muda di Kuala Lumpur ini masih ramai yang baik baik serta menghormati orang orang yang lebih dewasa.Tapi,kenapa pulak agak ramai yang mengukir senyum kat saya petang ni? Hinggalah,datang 2 orang wanita muda cina menegur saya dalam bahasa inggeris mengatakan seluar saya terbuka dibahagian bawah sambil menggunakan jarinya menunjuk kebawah seluar saya.MASYALLAH....alangkah MALUNYA .....Hanya satu saja butang yang dikancing,itupun yang paling bawah saja.Selebihnya tidak dikancing dengan betul.Bukan saja kelihatan  tidak dikancing,sebahagian baju dan tshirt disebelah dalam seluar,TERJOJOL keluar.Nasi baik tak nampak seluar superman,hehehe.

Entah berapa ramai yang telah melihatnya semasa berjalan,sayapun taktahu lah.Bayangkan,saya menyorok dibelakang tiang besar dan mengancing butang dikhalayak ramai.Satu persatu butang dikancing dengan perlahan.Ramai juga yang melihatnya.Merah padam serta malu dibuatnya seluar yang baru dibeli ni.Sayapun melangkah pergi dengan selamba dan COOL seolah olah tiada apa yang berlaku.Rasa rasa tak pergi dah kot kat tempat tu.Ok lah kawan kawan,sampai disini saja.Biar lelaki atau wanita yang memakai jeans berbutang,KANCING BUTANG dengan teliti ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.