Pages

Rabu, 8 September 2010

Fenomena Balik Kampong Di KL Sentral..

Salam Sejahtera kawan kawan..Sebelum meneruskan cerita,SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA SERTA MAAF ZAHIR BATIN.Dah siap sedia pulang ke kampong ke? Inilah FENOMENA yang saban tahun melanda penduduk kita.Sudah berdekad lamanya,dimana kita akan mula pulang ke kampong setiapkali Aidil Fitri menjelang.Ia juga merupakan satu budaya dan fenomena unik didalam masyarakat kaum Melayu.Lebih dahsyat lagi,ada beberapa perkhidmatan pengangkutan yang telah kehabisan tiket tiket perjalanan sebelumnya puasa bermula.Kali ini,marilah kita lihat sedikit klip video di stesyen keretapi KL Sentral yang menjadi kegemaran ramai.Saya juga difahamkan bahawa sebanyak 120 ribu tiket tiket perjalanan telah disediakan oleh pihak KTMB dan penanbahan 20 ribu tiket lagi telah diumumkan bagi menanpung permintaan orang ramai pada tahun ini.Syabas diucapkan pada pihak KTMB.
Balik Kampong KL Sentral



Balik Kampong
Balik Kampong
Balik Kampong
Shopping Saat Akhir
Kelihatan juga para penumpang keretapi mengambil kesempatan bershopping disaat saat akhir di gerai gerai yang disediakan oleh pihak KL Sentral.

Pakaian Raya
Pakaian Raya
Semoga fenomena balik kampong ini berterusan saban tahun hingga ke anak cucu agar ianya tidak akan luput ditelan zaman.Budaya BERMAAFAN dan RUMAH TERBUKA adalah warisan kebangsaan negara kita yang tercinta.Hati hati ketika memandu dan SELAMAT HARI RAYA.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.