Pages

Khamis, 2 September 2010

Persiapan Hari Raya Dan.....Hantu Raya...

Salam sejahtera..Semoga sihat semuanya.Haaa..kali ini nak cerita pasal persiapan Hari Raya dan Hantu Raya,siap dengan foto fotonya sekali.Hu..hu..hu..Apa yang sedang berlaku sekarang ini ialah heavy duty shopping dimana mana saja.Segala macam benda dibeli,almaklumlah...nak raya.Pakaian raya,perhiasan rumah untuk raya,kuih raya,$$$ raya untuk budak budak beraya dan ada golongan sampai beli kereta baru untuk raya pun ada.Tapi,paling DAHSYAT sekali ialah HANTU HANTU RAYA yang sedang mencari duit raya.Diaorang ni memang licik dan profesional mencari duit raya.Pendek kata,mereka ini sudah tau dimana duit shopping raya kita disimpan ketika kita sedang leka bershopping,biarpun kita menyorokkanya di tempat tempat tertentu.Mereka hanya akan menunggu peluang untuk menyambar apa saja didalam poket tak kira depan atau belakang,beg tangan,kad kredit dan juga termasuk barangan yang telah kita beli.Walauapapun,TAHNIAH diucapkan kepada pihak polis yang telah memperbanyakkan rondaan dikawasan kawasan shopping di Kuala Lumpur ini.Pondok polis bergerak pun kelihatan bertambah.Oleh itu,marilah kita berhati hati ketika shopping raya ini dan sentiasa peka dengan situasi sekeliling.Saksikan foto foto yang disediakan termasuk kemungkinan wajah yang dikatakan HANTU RAYA..Hingga dilain cerita,selamat meneruskan berpuasa serta hati hati ketika memandu.

Paket Duit Raya
Shopping Raya
Shopping Raya
Baju Raya
Baju Raya
Baju Raya
Baju Raya
Shopping Raya
Shopping Raya
Shopping Raya
Shopping Raya
Kemungkinan Hantu Raya
kuih Raya
Kereta Raya
Semua foto foto yang disediakan adalah dari pihak kenalinegaraku.Bagi yang gemar membaca dalam bahasa inggeris,sila ke,http://www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com

1 ulasan:

No foul languages please.TQ for your comments.