Pages

Jumaat, 27 Ogos 2010

Perang Dan Letupan Kuih Raya Di Kuala Lumpur..

Kuih Raya
ASSALAMUALAIKUM..semoga sihat kawan kawan semua.Ya..memang benar.Setibanya saya di Medan Mara,saya di hujani berbagai jenis peluru yang enak dimakan di Hari Raya nanti.Peluru ni,tak lain,tak bukan,ialah kuih kuih jamuan Hari Raya dan ditambah dengan pakaian berbagai corak dan warna sebagai perisai dibadan ketika menyambut kemenangan peperangan berpuasa nanti.

Kuih Raya
Ketika saya mencari beberapa barangan keperluan di tingkat bawah Bazar Medan Mara ini,saya berpeluang menemuramah seorang usahawan kuih kuih raya yang telah berjaya dan dikenali ramai terutama warga kota.Beliau lebih selesa dipanggil Kak Amutiah Kasmiran selaku pemilik perniagaan yang tidak putus putus melayan pelanggannya mulai jam 10 pagi hinggalah ke 10 malam.Kedai dan jugak kafenya diberinama" Berisi Cafe And Cookies".Kafenya tidak beroperasi ketika bulan ramadan dan ketika inilah,kafenya dipenuhi dengan berpuluh puluh jenis kuih kuih tradisional dan moden.Kita saksikan sedikit sedutan klip video ini.




















Kuih Raya

Menurut Kak Amutiah,terdapat beberapa jenis biskut dan kuih muihnya hanya menggunakan bahan dan ramuan ramuan asli sahaja.Ia bertujuan mengekalkan rasa keasliannya.Kuih muihnya juga digemari ramai kerana ia diperbuat dari rumah atau lebih dikenali sebagai homemade cookies.Saya rasa bangga kerana semasa berada dikafenya,terdapat anggota keluarganya yang bertungkuslumus menyusun kuih muih keatas rak rak yang disediakan.Menurut Kak Amutiah lagi,ramai yang akan datang kekafenya dari luar Kuala Lumpur sematamata,ingin merasakan keenakkan kuihmuihnya yang berkualiti tinggi.Begitu juga dengan warga kota yang inginkan rasa serta mutunya yang tinggi.
Kuih Raya
Kuih Raya
  
Ok,kawan kawan,sehingga jumpa lagi dilaman blog ini dengan cerita cerita yang baru,saya ucapkan TERIMA KASIH dan SELAMAT MENERUSKAN BERPUASA.



1 ulasan:

  1. :) nice. have u seen chowkit road lately? they are selling clothes and kuih raya everywhere!

    p/s anytime u pergi mara, invite me. :)

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.