Pages

Rabu, 13 Oktober 2010

Lain Macam Je Rasanya Ketika Disebuah Muzium..

Salam Sejahtera kepada semua kawan kawan yang melawat laman blog ini.Semoga sihat selalu.Seperti tajuk diatas,BUKANLAH saya bertujuan menakutkan sesiapapun.Cuma,sekadar ingin menceritakan sedikit pengalaman yang dilalui apabila melawat ke sebuah muzium baru baru ini.Ia mungkin mainan perasaan saya sahaja yang akhir akhir ini sangat keletihan dan mengalami sedikit darah tinggi.Walaubagaimanapun,JANGANLAH diambil serius tentang cerita ini.

Saya tiba di Muzium Telekom tepat pada 10.10 minit pagi bertujuan mengambil gambar video sebagai bahan cerita dilaman blog ini seterusnya.Entah kenapa memilih muzium tersebut,saya pun kurang pasti.Ketika mengambil beberapa foto di bahagian luar tingkat bawah,saya disapa oleh sesaorang dan terus mempelawa saya untuk mengikutinya dalam satu aktiviti berjalan kaki disekitar Kuala Lumpur sambil mengenali beberapa lokasi sangat bersejarah.Program melancong sambil berjalan ini sangat baru dan dianggotai oleh pemandu pelancong sukarelawan.

Laluan Masuk Ke Muzium Telekom

Ianya bermula dari Pasar Seni dan akan berakhir di Muzium Telekom setelah melawat ke beberapa tempat tempat menarik disekitar Jalan Silang,Jalan Tun Perak,Jalan Tun H.S.Lee,Lebuh Ampang,Jalan Melaka dan juga berjalan ditepi Sg Klang dan Sg Gombak.


Bangunan Lama Yang Menjadi Nadi Pembangunan Kuala Lumpur Dahulu
Bangunan Lama  Serta Lokasi Masyarakat Terdahulu Sejak Awal 
Kapitan Yap Ah Loy Pernah Tinggal Di Lokasi Ini Dahulu
Bangunan Bangunan Lama Ini Turut  Menyaksikan Pembangunan Kuala Lumpur
Penerangan yang begitu jelas diberikan kepada saya oleh pemandu pelancong setiapkali kami berhenti di lokasi bersejarah,membuatkan saya begitu teruja ingin tahu lebih lanjut.Bangunan bangunan lama bersejarah ini perlulah diselamatkan seiring dengan pembangunan ibukota in.


Dua Sungai Bertemu Yang Dahulunya Mempunyai Sebuah Jeti
Kami berjalan hampir dua jam dan kembali semula ke Muzium Telekom.Haaaa...kawan kawan,nak tengok sesuatu yang terjadi semasa saya shoot video didalam galeri muzium ? Video ini terbahagi kepada dua bahagian.Perhatikan dengan teliti di klip video yang pertama ini.Ada dua perkara berlaku..Pertama,penggambaran TIBA TIBA MENJADI KELABU walaupun sudah disetkan ke automatik sepenuhnya.Kedua,ADA SESUATU LEMBAGA/OBJEK/BAYANGAN BERWARNA PUTIH DISEBALIK POKOK POKOK HIASAN.Marilah kita saksikannya..Jangan lupa memberi komen selepas melihat klip video ini.Hantu talipon kot...Huhuhu..






Sehingga dilain cerita,jaga diri dan selamat MELANCONG.


Telefon Anti
Telefon Antik
Mungkin Dulu Dulu Punya Mesin Fax Kot
Operator Telefon Dahulu
Telefon Awam Dahulu
Lagi Canggih Kawan Kawan

2 ulasan:

  1. Web yang best. Banyak tempat2 menarik ni. yang tak puas hatinya, hantu telefon tak nampak lagi, ades. nanti akan dtg lagi ke sini, nak cari hantu...he he (Iza)

    BalasPadam
  2. yang pasal laici tu, tu la, saya pun biasa makan masa bulan puasa.....tak sangka....

    Tak de cerita baru ke hari ni. tunggu2 juga...

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.