Pages

Ahad, 19 Jun 2011

Empat Sebab Tidak Mahu Melancong.Indahnya Bumi Negara Kita....

Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpu
Taman Tasik Titiwangsa
Kasturi Walk.Pasar Seni
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad
Taman Tasik Titiwangsa
Masjid Jamek Kuala Lumpu
Matahari Terbenam Kuala Lumpur
Suasana Di Jalan Bukit Bintang
Batu Caves
Kasturi Walk Pasar Seni
Kawasan Hijau Kuala Lumpur
Salam Sejahtera dan SYUKUR kita dapat jumpa lagi di laman yang tak seberapa ini.Seperti biasa,saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada yang sudi menjenguk ke sini.Cerita kali ini,agak ringkas saja iaitu,bangun dan lihatlah keindahan alam semesta di negara kita yang cukup indah ini.Tujuan saya ialah mengajak serta memberi sedikit maklumat tentang beberapa sebab mengapa masih ramai lagi dikalangan kita yang ENGGAN melihat alam dan bumi tempatnya tanah tumpah nya darah ku.


Sejak berpuluh tahun saya menyintai alam pelancongan,saya masih lagi menerima alasan alasan serta sebab sebab yang sama hingga kini dari orang orang kita apabila saya bertanya,bila hendak pergi bercuti...? Nak tahu apa sebab sebabnya kawan kawan semua ? Sebelum saya memberitahu sebab musababnya,saya susun sepuluh jari terlebih dahulu memohon MAAF sekiranya ada diantara sebabnya kelepuk terkena batang hidung sendiri atau sipi sipi kelepuk jatuh kena bahu kawan kawan semua.Jangan marah haaa...,hakikat sebenar.Ok,mari kita baca lagi dan ketahui jawabanya.

Pudu Sentr
Bangunan Bangunan Pencakar Langit Diibukota
Keindahan Kehijauan
Jawapan lazim yang diberi oleh ribuan orang dan kenalan atau sesiapa saja yang ditanya ialah,takda duit,takda masa,tak minat melancong dan buang masa.Bahkan,saya pernah diberitahu bahawa ianya berdosa.Disini timbul satu persoalan,bayangkan sekiranya kewangan tidak lagi menjadi penghalang setiapkali kita ingin melancong? Maksudnya,kewangan benar benar tidak lagi menjadi penghalang.Saya berani jamin,kita semua akan tidak sabar sabar mahu  kesana kemari melancong ke tempat tempat menarik.Saya berani mengatakan begitu kerana,saya sendiri sudah melihat perubahan perubahan orang orang yang sudah begitu mampu dengan pantas membuat tempahan melancong bersama keluarga masing masing.Kalau tak percaya,cuba lihat iklan iklan orang orang yang sudah berjaya dalam bidang MLM ke,Network Marketing ke,Direct Selling ke,bidang Insurans ke,semuanya akan mempamerkan tiga foto.Rumah rumah besar,kereta mewah dan foto masing masing bersama keluarga melancong ke destinasi destinasi menarik.Bahkan,banyak yang melancong keluar negara He..he..he..,betul tak? Jangan marah haaa..Sabar sabar..mari kita lihat klip video ni agar dapat kita cool la sedikit.


Pulau Perhentian
Jadi disini apa yang saya nampak ialah,kewangan menjadi sebab musabab semua halangan untuk melancong.Walauapapun saya akui,nak melancong ni memang menggunakan kewangan.Tapi,tidak semestinya tempat tempat yang hendak dituju itu mahal dan berkos yang tinggi.Nak jimat,ikut saja pakej pakej rombongan yang ditawarkan secara pukal.Terdapat ribuan pakej pakej rombongan melancong yang murah.Kemudahan internet berada di jari kita,cari saja,pasti dapat.Kalau tak dapat juga,kontek saya.

Inap Desa Di Bagan Datoh
Mulalah dengan sesuatu destinasi yang murah seperti Inap Desa atau sekadar beriadah bersama keluarga ke tempat tempat awam di sekitar bandar kita.Cara begini bukan saja dapat bermasyarakat dengan lebih erat,malahan amat meluaskan pandangan serta merehatkan minda.Anak anak kecil lah yang paling gembira ketika beriadah dan percayalah,kita sebagai penjaga dan pendidik turut gembira melihat keriangan mereka.Cuba saudara saudari bayangkan perasaan anak anak apabila sekolah dibuka dan guru bertanya,cuti sekolah baru ini kemana...? Sedangkan,murid murid yang lain ceria menceritakan tempat tempat yang dilawati mereka bersama keluarga.

Pulau Kukup - The Mangrove Island
Pulau Kukup,Tanjung Pia



Hutan Paya Bakau,Pulau Kukup
Tanjung Piai Resort,Kukup Pontian
Akhir sekali,sekiranya kita mahu berubah dan menikmati keindahan alam marilah kita MENGUBAH kedudukkan KEWANGAN kita sekiranya ia masih menjadi penghalang.Ok lah ya,sekali lagi,maaf dipohon sekiranya saya terlanjur dan sehingga jumpa lagi,jaga diri dan selamat melancong.


1 ulasan:

  1. terbaYEK... melancong dalam negara, banyak kelebihannya...

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.