Pages

Jumaat, 24 Jun 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia..Murah..Murah.Jom..Jom..


Kedai Rakyat 1Malaysia Di Stesyen Lrt Kelana Jaya
Salam Sejahtera,jumpa lagi dilaman yang tak seberapa ini.Semoga sihat dan melancong,rekreasi dan riadah selalu.Seperti tajuk diaitas,mari kita lihat perkembangan yang agak baru dari sudut penjimatan perbelanjaan bulanan seisi keluarga.Saya berkesempatan ke Kedai Rakyat 1Malaysia ini semalam yang terletak di tingkat bawah stesyen lrt Kelana Jaya,setelah menontonnya di kaca tv.Pelancarannya di sempurnakan oleh YAB Dato Seri Najib sendiri pada 22 Jun tempoh hari.Sejak dibuka,orang ramai tidak putus putus membanjiri kedai ini dan ini mendorong saya mahu melihatnya sendiri dan mengambil beberapa foto dan videonya sekali.Jangan lupa saksikan klip videonya dibawah ya..

Produk Produk Di Kedai Rakyat
Produk Produk Di Kedai Rakyat
Produk Produk Di Kedai Rakyat
Produk Produk Di Kedai Rakyat
Produk Produk Di Kedai Rakyat

Produk Produk Di Kedai Rakyat
Dah saksikan klip videonya? Begitulah serba sedikit tentang kedai rakyat ni.Cuma,pada pandangan saya,kedai ini patut dibesarkan lagi agar tidak menimbulkan kesesakan apabila tiba waktu puncak membelibelah.Apapun,saya amat setuju dengan adanya kedai jimat begini agar perbelanjaan kita tidak melambung tinggi dikala semua harga barangan sedang melonjak naik sekarang.Bagi yang ingin ke kedai ini tapi masih kurang jelas bagaimana..Mudah saja dengan menaiki LRT Putra laluan Kelana Jaya dan tuurun ke tingkat bawah di setesyennya.Sehingga jumpa lagi di lain cerita,jaga diri dan selamat melancong,rekreasi dan riadah.

1 ulasan:

  1. tahniah dan terimakasih kpd kerajaan malaysia kerana memberikan sesuatu yg pada saya amat berguna buat rakyat malaysia.Diharap kedai jimat 1malaysia akan diperluaskan ke seluruh negara.

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.