Jerebu Melanda Kuala Lumpur |
Salam Sejahtera dan jumpa lagi.Dah tentu rindu kat saya ya? Hahahahaha..Ok,kalini mari kita renung renungkan tentang tajuk diatas.Saban tahun negara kita tidak lepas dari dilanda masalah jerebu yang kadangkala membimbangkan.Ironinya,ia berlaku di bulan bulan yang agak sama setiap tahun.Setiapkali berlaku,beberapa negeri akan menerima kesan buruk tahap membahayakan kesihatan seperti Lembah Kelang.Demi pembaca,saya redah juga untuk mengambil foto dan video.Hehe.
Namun begitu,ramai penduduk wargakota bersikap acuh tak acuh saja dengan meneruskan aktiviti harian mereka,iaitu berada ditempat tempat terbuka.Mari kita lihat klip video yang disediakan bersama.Anak anak kecil juga kelihatan bersama sama menghirup udara tidak sihat ini.Kepada yang betul betul arif tentang bahayanya jerebu ini,kelihatan segelintir dari mereka bertopeng menutup hidung dan mulut meneruskan aktiviti mereka.
Ok lah pembaca setia dilaman yang tak seberapa ini,saya ucapkan banyak TERIMA KASIH kerana sudi kesini.InsyALLAH kita jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
No foul languages please.TQ for your comments.