Pusat Membelibelah Bukit Bintang Plaza Kuala Lumpur |
Salam sejahtera dan kita jumpa lagi dilaman yang tak seberapa ini.Mula mula saya mengucapkan banyak TERIMA KASIH kerana masih ada yang sudi menjengguk disini.Nasib baik ada yang sudi jengguk kalau tidak,laman ini juga akan menjadi seperti tajuk diatas.
Masih kah kita ingat kenangan kenangan semasa muda,remaja atau kanak kanak dahulu tentang pusat membelibelah BB Plaza ini? Saya gerenti,ada yang mempunyai kenangan kenangan manis dan pahit masing masing tersendiri.Buat diri saya pula,BB Plaza ni lah yang menyimpan seribu satu kenangan.Nak tahu apa dia? Teruskan membaca ya.Juga,jangan lupa saksikan klip videonya.Mungkin gedung bersejarah ini tidak sempat kita melihatnya lagi.Terutamanya kepada yang pernah mendatanginya tetapi tinggal diluar daerah ibukota.
Ok,mari saya ceritakan kenapa pusat belibelah ini begitu menyentuh perasaan saya apabila saya dapat tahu yang ia bakal dirobohkan awal tahun depan.Mana tidaknya....ianya sudah hampir 39 tahun beroperasi,juga sebagai ikon membelibelah di kawasan segi tiga emas ibukota serta 60% diusahakan oleh peniaga orang Melayu.Disini jugalah saya mengenal erti hidup sambil melepak bersama kawan kawan.Entah berapa banyak hari saya ponteng sekolah dan paling tak boleh lupa ialah,belajar merokok dan mengenal trend serta fesyen fesyen pakaian.Pendek cerita,masa tu saya menjadi kutu lepak lah.Kira saya dan kawan kawan paling berani lah kat shopping kompleks tu dan persekitaranya.Lepas tu,dah belajar mianglah pulak.Suit sana,suit sini apabila ada awek lalulalang.Kalau awek tu bo layan,kami akan kenyit kenyit mata kalau mereka dekat dengan saya dan kawan kawan.
Kami lah paling smart dari segi berpakaian masa itu.Dalam beg sekolah ada pakaian spare kami.Branded abis.Seluar jeans berjenama Amco,Levis,Lee,Wrangler,Puma dan macam macam lagi,semuanya kami dah pakai nak tayang kat awek awek.Paling lekeh pun,seluar berjenama Don.Cutting seluar pulak,jenis slim fit.Ketat nak mampoih.Bila berjalan laju sikit,mana mana anggota yang di bawah pinggang semuanya sakit.Balik rumah,tengok semua melecet.Itu tak masuk melecet kena rotan lagi dengan cikgu kerana didapati ponteng sekolah.Hehehehe...

Begitulah serba sedikit pengalaman saya ketika sekolah di gedung bersejarah ini yang bakal digantikan dengan stesen MRT bawah tanah nanti.Sampai dilain waktu,jaga diri dan saya akan kembali lagi dengan kisah kisah berikutnya.Terima kasih.
Seluar slim fit? zaman pertengahan 80an ke? :)
BalasPadamZaman terus berubah, bukan setakat tu, dah jadi port antarabangsa.
Terima kasih saudara Ariffin dengan komenya.Ya,time has really changed.Betul tu,dah flooded with foreigners.
Padamhahh kaki ponteng.. :) bru tersedar, umr semakin meningkat.. :) huhuhu bro, nak tny sikit, smlm bru bukak semula blog.. caner nak bx to layout lama cenggini?? thx!! :)
BalasPadam