Pages

Sabtu, 11 Ogos 2012

Shopping Kelengkapan Hari Raya Bermula Bhg 2.Ibukota Penuh Sesak.Saksikan Klip Videonya 2012.

Orangramai Berpusu pusu Membelibelah Di Masjid India
Salam sejahtera.Sudah pasti kita semua sedang rancak membuat persiapan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi.Seperti tajuk diatas,mari kita menonton klip video yang sempat saya rakam ketika bersama sama puluhan ribu wargakota membelubelah beberapa hari lalu.

Ternyata wargakota begitu sibuk dan asyik menyiapkan kelengkapan di hari KEMENANGAN yang mulia ini saban tahun.Apa saja yang dihajati pasti dibeli sebelum pulang ke kampung halaman bersama sanak saudara yang di kasihi.Menyusuri dicelah celah ribuan gerai di Jalan Masjid India membuatkan saya amat teruja serta suatu pengalaman yang menimbulkan kesedaran bahawa,kekuatan dan daya membeli oleh masyarakat kita sangat luarbiasa.Mungkin Hari Raya Aidil Fitri hanya disambut setahun sekali so,shopping bagai nak rak lah,hehehe.

Apapun,saksikan klip videonya,manalah tahu,kot kot anda mungkin dirakam dalam klip video ni.Kan glamor tuuuu? Ok lah ya,sampai jumpa lagi.Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa hingga ke penghujungnya serta SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang sudi kelaman ini.Hati hati ketika memandu dan selamat bergembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.