Pages

Sabtu, 4 Ogos 2012

Shopping Kelengkapan Hari Raya Bermula.Ibukota Penuh Sesak.Saksikan Klip Videonya 2012.

Orangramai Membanjiri Tapak Membelibelah Di Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang telah merindui cerita cerita baru dilaman yang tak seberapa ini,hehehe.Semoga sihat semuanya ketika kita semua sedang melakukan ibadah berpuasa di bulan yang TERAMAT MULIA ini.Sudah menjadi tradisi menjelang hari Raya Aidil Fitri nanti,kita membelibelah sakan sebelum pulang ke kampung halaman masing masing.

Saya juga mengambil kesempatan meronda ronda di ibukota semalam ingin melihat suasana wargakota berbelanja.MASYALLAH....penuh sesak,himpit menghimpit,terpijak memijak sesama kaki ketika menyusuri di lokasi paling panas iaitu,di sekitar Jalan TAR dan Masjid Jamek.Suasananya memang happening dengan orangramai berpusupusu dicelah celah lorong peniaga yang saya anggarkan ratusan jumlahnya.Sebut saja semuanya ada dan harganya pula memuaskan.Kita kenalah pandai tawar menawar atau buat buat beredar ke kedai sebelah.Pakaian,kelengkapan rumah,peralatan make up dan kuih muih sedia menanti kita ketika melalui kawasan membelibelah terkenal ini.


Apapun,marilah kita menonton klip video yang disediakan serta foto fotonya juga.Ok lah ya,INSYALLAH,masih banyak lagi klip klip video menjelang lebaran akan saya utarakan disini.Terima kasih banyak kepada semua.Selamat berpuasa dan bershopping.Oh ya,hati hati dengan barang barang berharga ketika bershopping ya.Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No foul languages please.TQ for your comments.