Pages

Selasa, 7 Jun 2011

Hampir Terpedaya Oleh Sepasang Pak Arab Di Chow Kit Road...AWAS !

Pemandangan Di Chow Kit Road
Salam sejahtera..Bertemu lagi dilaman yang tak seberapa ini.Terima kasih kepada semua yang sudi membacanya.Kisah kali ini,merupakan NASIHAT kepada semua terutama yang sedang melawat kotaraya yang penuh dengan TIPU HELAH dan taktik taktik licik sehingga sanggup menggunakan nama ALLAH untuk memenuhi poket mereka.Juga,saksikan klip video pemandangan Chow Kit Road disebelah malam yang sempat saya rakam ketika menunggu seorang rakan membeli nasi bungkus dan buah mangga yang dipesan oleh seseorang.ALHAMDULILLAH...Saya terlepas dari musibah ini.

Deretan Gerai Gerai Buah Buahan Di Chow Kit Road
Ketika menunggu seorang rakan membeli barangan yang dipesan,saya tergerak hati untuk mengambil angin sambil berfoto dan merakam video di Chow Kit Road yang tidak lain tidak bukan sentiasa dikenali sebagai kawasan merah diibukota ini sejak dari dulu lagi.Malahan,sejak dari muda lagi saya melalui kawasan Chow Kit ini untuk ke sekolah dan boleh dikatakan apa saja urusan kesana kemari.Cuma,lain pula ceritanya kali ini.

Sedang asyik berfoto dan video,saya disapa dari belakang dengan ucapan,"hello".Saya pun mematikan kamera dan setelah menoleh kebelakang,ada sepasang hamba ALLAH yang kelihatan dari timur tengah memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan mahu bersalaman.Yang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Ahmed dan Sabina sambil  menunjukkan tangan kepada isterinya.Mendengar namanya itu,saya dengan cepat memberi salam dan Ahmed kelihatan gembira berjumpa sesama saudara ISLAM.lantas,Ahmed bertanya dimanakah terletaknya restoram makanan segera dikawasan ini kerana isterinya Sabina sangat haus dan lapar.Setelah memberitahu dimana terletaknya restoran makanan segera yang dimaksudkan,Sabina pula bertanya dimanakah asal saya dan saya pun memberitahunya yang saya dari Malaysia.Ahmed pula tidak putus putus menyebut ALLAHU AKBAR..

Stesyen Monorel Di Chow Kit Road
Ahmed pula mula bertanya berapakah pertukaran wang USD ke matawang Malaysia sekarang ini sebab tidak cukup matawang Malaysia bila mahu makan nanti.Sabina pula bertanyakan sesuatu kepada suaminya dalam bahasa arab dan dengan pantas Ahmed mengeluarkan dompetnya.Pada saat itu,saya sudah mula terasa sesuatu iaitu,Ahmed tidak putus putus menenung biji mata saya.Setiapkali saya mengalihkan pandangan muka saya kepada Sabina,Ahmed akan mengikuti pergerakan pandangan saya dengan tenungan tepat ke biji mata saya.Saya merasa terkejut apabila Ahned menunjukkan dompetnya yang penuh dengan matawang USD.Buat pembaca semua,MEMANG TERDAPAT WANG USD DALAM JUMLAH YANG BANYAK didalam dompetnya sehinggakan kelihatan kembung lagi buncit.


Pemandangan Disebelah Malam Di Chow Kit Road
Ahmed mula menarik keluar sehelai wang kertas USD itu dan mula melangkah lebih dekat dengan saya sambil Sabina membetulkan purdahnya.Ahmed berkata yang dia mahu menukarkan wang USD nya dengan saya sebanyak RM300 atau seberapa banyak yang saya ada didalam beg duit saya serta ingin melihat matawang Malaysia.Ahmed seolah olah menyuruh saya memegang wang USD yang saya tidak pasti jumlahnya. sambil Sabina menyuruh saya mengambil beg duit saya dan bertukar matawang dengan suaminya.Pada saat itu saya pun mencapai beg duit saya yang terselit di bahagian poket belakang.Kali ini,Sabina bertindak mengipas purdahnya dengan jari jarinya seolah olah kepanasan dan,KETIKA ITULAH CUPING TELINGA SAYA TERASA PANAS dan merasakan tidak BEGITU DENGAR BUNYI BUNYIAN KENDERAAN yang lalu lalang disitu.Nak tahu bagaimana rasanya? Cuba tutupkan telinga anda semua dengan tapak tangan.Begitulah rasanya,tiba tiba sound tak masuk telinga dan terasa berdengung.

Suasana Chow Kit Road Disebelah Mala
Chow Kit Road
Entah mengapa saya tidak meneruskan hasrat saya mengeluarkan beg duit dari poket dan dengan tiba tiba,saya memalingkan muka dan pandangan ke arah restoran dimana kawan saya tadi sedang membeli nasi bungkus.Ahmed kelihatan masih mahu menenung mata saya dan saya terus mengundur ke belakang lalu mengangkat kamera seolah olah mahu menghidupkanya.Sepatutnya saya ON kan saja kamera itu.Setidak tidaknya berpura pura mengambil foto atau video sambil mencuri mengambil foto foto mereka.

Lega rasanya apabila kawan yang bersama saya kembali dan terus bertanyakan apa yang mereka mahu sambil mengaru dagunya seolah olah menunjukkan 3 bentuk cincin gurka yang di pakainya kepada Ahmed tadi.Ahmed dan Sabina kelihatan sedikit panik dan terus beredar dengan cepat sambil menarik beg pakaiannya yang bertroli.Saya terus menberi SALAM dan anehnya,mereka langsung tidak menjawabnya serta tidak pun menoleh kebelakang.

Begitulah cerita saya kali ini kawan kawan semua.Saya nasihatkan agar sangat sangat berhati hati ketika ditegur oleh sesiapa pun kecuali yang kita sudah kenal pasti.Inilah pengalaman saya yang pertama dan saya tidak akan lupa.Hingga ke cerita yang seterusnya,saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan selamat melancong dan jaga diri.

4 ulasan:

  1. Syukur..anda dilindungi Allah s.w.t dan terlepas dari jd mangsa orang yang berniat menipu..

    BalasPadam
  2. alhmdlh.. n as reminder for me.. :) thk u ya.. im going for holiday-in-bkt bintang tomorrow. might as well smp ke chow kit berjalan.. huhuhu thk u again for sharing this! :)

    BalasPadam
  3. Terima Kasih kepada semua yang memberi komen.Kalau boleh,nyatakan apa yang mahu dimuatkan dilaman ini dalam bentuk pelancongan.

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang dimana2 saja pasti ada penipuan yg berlaku. sipenipu tak kira bangsa dan agama akan mencari mangsa demi ringgit malaysia. terimakasih kerana berkongsi pengalaman dan maklumat supaya tidak ada lagi mangsa sipenipu

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.