Pages

Ahad, 30 Oktober 2011

Warung Kegemaran Macam Macam Ada.Nasi Goreng USA Paling Bes Woooooii...Saksikan Klip Videonya.

Nasi Goreng USA
Salam sejahtera dan jumpa lagi.Hehe,nak cerita pasal makan minum lagi.Sedang relax relax,terasa lapaq la pulak.So,pergi lah kesebuah warung favorite saya.Dah belasan tahun warung ini memulakan perniagaanya di belakang stesen LRT Wangsa Maju.Warung yang diusahakan oleh sebuah keluarga dari pantai timur ini,sangat selesa dan hampir setiap waktu dipenuhi orangramai yang datang menjamu selera sebelum dan selepas menaiki lrt.Mana tidaknya,warung ini terletak di betul betul laluan ke stesen lrt.

Menyediakan bermacam macam hidangan sepanjang hari dan enak enak kesemuanya,saya sanggup datang hanya kerana ingin makan nasi goreng USAnya.Haaa..saksikan klip videonya ya.Sebut saja nak makan apa,gerenti sedap woooo.Almaklumlah...cookingnya ala Siam Siam.Bagi yang meminati sup sup,pun ada,terutama sup ekor.Untuk sarapan pagi,huuuhh,semuanya komplit.Saya dengan roti bom la,kalau datang sarapan pagi,hehehe.Nasi lemaknya pun bes kalau disebelah petang.Gorengan berasaskan mee dan nasi,memang bes dan berharga patut.

Pendek cerita,datanglah ke warung ini dan mencuba masakannya.Sehingga di lain cerita,selamat menjalankan tugas serta jaga diri.Saya ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada semua yang sudi ke laman ini.Wassalam...

1 ulasan:

  1. Nasik goreng USA nie memang terkenal kan, tapi agaknya kenapa dinamakan nasi goreng USA? Memang nasi goreng macam nie originalitinya dari USA ker? Adoi..mat salleh pun makan nasik goreng..hehehe. Apa pun, makanan Malaysia memang variety dan international, kalau tak manakan mungkin ada Nasi Goreng Pattaya, Mee Bandung, Rojak Siam dll..btoi tak?

    BalasPadam

No foul languages please.TQ for your comments.